Tuesday, March 25, 2008

Peperiksaan Tahap Kecekapan Kakitangan Awam

Pening!pening! Kepala aku sakit.Kenapalah ada PTK ? Naik gaji periksa,naik pangkat periksa ,tak habis-habis kena periksa. Bila masa kerja? aku pun tak tahu.- keluh sorang rakan kakitangan kerajaan sambil minum milo tarik dengan roti stim.

Bengang betul dia denganSistem PTK untuk pastikan dia dapat naik gaji dan pangkat.Katanya kalau diajak bertanding produktiviti dengan mat-mat periksa ni dah tentu kerajaan akan dapat hampeh sebab asyik kena tipu dengan kaki periksa yang tak boleh buat kerja,cuma pandai bukak buku dan hafal lepas tu jawab soalan objektif atau karangan macam bebudak kat sekolah, bila tanya actual tentang kerja semua lopong sebab tak pernah buat.

Orang bujang dan muda bolehlah,otak segar lagi tapi malang bagi yang dah ada keluarga dan takda masa untuk study sebab dah season,diaorang ni akan terinaya habis sebab kalau test tentang skill sure pass tapi bila bab baca-bacaan ni slowlah sikit. Jadi yang takde pengalaman ni akan dapat naik pangkat dan mengajar otai-otai yang berpengalaman ni, so jadilah boss yang hampeh.

Sepatutnya kerajaan buat PTK tentang kerja harian mereka bukan suruh baca buku tebal-tebal yang tiada kaitan langsung dengan kerja,
Bagi task tahunan berkaitan kerja dan setiap calon kena siapkan task dan submit hujung tahun sebagai kerja kursus PTK mereka barulah kakitangan kerajaan sentiasa (hands on), ni asyik xerox , semenjak dari sekolah,universiti dan sekarang masa kerja ,tak ubah-ubah perangai.Tak capai target jangan kasi naik gaji dan pangkat.

Yang kakitangan kanan pula bagi task membuat dasar kerajaan lepas tu laksanakan dan dinilai setiap tahun sebelum gaji dan pangkat naik. Barulah tiap-tiap tahun kerajaan dapat kakitangan yang berkualiti , bukan yang kurang mentaliti.

Jadi macamana sekarang ? tanya saya. Balik baca bukulah jawabnya selagi kerajaan tak dengar cakap aku.-jawab rakan tadi.

Warung roti bakar,Ampangan Seremban

Sunday, March 23, 2008

KRITIK KEDAI KOPI(3K)

Hari ini tanggal 23/03/2008, dengan rasminya Kritik Kedai Kopi (3K) dilancarkan bagi memberi peluang kepada pengkritik-pengkritik kedai kopi memberi luahan pendapat tentang perjalanan sistem berkerajaan di Malaysia yang tercinta ini,Setelah lama diperbincangkan, saya berpendapat bahawa perlunya ada satu ruang cyber bagi kritikan kedai kopi ini diketengahkan bagi memberi peluang kepada pencinta kedai kopi meluahkan pemikiran mereka.

Hasil kritikan diblog ini akan hanya sebagai satira rakyat marhaen melalui ruang cyber dan tidak akan melibatkan kepercayaan politik tertentu.Artikel-artikel akan dinilai daripada kaca mata seorang rakyat Malaysia yang peka dengan kehidupan harian mereka dan keinginan mereka terhadap hidup yang lebih baik.Diharap bloger yang menyokong blog ini dapat memberi artikel yang sebenar-benarnya dan bukan daripada fiksyen yang dicipta.

Dengan itu dengan ini dirasmikan Kritik Kedai Kopi (3K), Dari Kita Untuk Kita


Wassallam,
PELADANG