Tuesday, August 17, 2010

Apa yang mereka mahu sebenarnya?

MCA membuat resolusi yang mendesak ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.Chua berhujah ia hanya boleh dicapai melalui liberalisasi sektor minyak, gas dan telekomunikasi serta pemotongan subsidi. Selain itu, sistem tender yang sebelum ini memihak kepada bumiputera perlu digantikan dengan sistem terbuka.“Bahagian ekonomi yang berkembang adalah umpama air pasang yang akan menaikkan semua bot, jadi semua rakyat Malaysia akan mendapat agihan kekayaan yang adil,” .

PEMBOHONG

Kaji selidik ekonomi:
85 % nilai pasaran umum dikuasai oleh tokay-tokay
85 % nilai pasaran kerajaan dikuasai oleh kontraktor Melayu
(80% pembekalnya ialah tokay-tokay)

Jadi apa yang mereka mahu sebenarnya?

Jawapan:Kuasa ekonomi yang lebih luas sehingga kedalam kuasa pemerintahan sehingga kuasa pemerintahan akan terlucut sendiri disebabkan tekanan ekonomi.

Permintaan ini diajukan ketika Melayu sedang berada didalam keadaan yang lemah dan berebut kuasa maka MCA dan sewaktu dengannya memberi tekanan seperti mana berlaku pada tahun 1998.Pada masa itu DAP menjadi dalang dan MCA menjadi baruanya maka kita Melayu sangat takut kehilangan kuasa maka semua permintaan dipenuhi dan Melayu dipinggirkan,harus diingati bahawa setiap kali Melayu bertelagah maka MCA dan sewaktu dengannya akan beroleh keuntungan.Alangkah malangnya nasib orang Melayu.

Mengapa mereka sangat cemburu kepada orang Melayu?

Setelah hampir 2 dekad bersama mereka dan bergaul,beripar duai sesama mereka maka dapat disimpulkan bahawa matlamatnya hanyalah satu,selagi tidak dapat memerintah maka segala perkara yang menjurus kepada kuasa haruslah ada satu kelompok memberi tekanan kepada orang Melayu atau bersengkokol bersama walaupun berpura-pura.

Melayu selalu saja menjadi Lebai Malang kerana sering mendapat habuan sisa.Selagi Melayu tidak menguasai ekonomi selagi itu ianya di perkotak-katikkan.Melayu menmpunyai kuasa memerintah tetapi tidak mempunyai kuasa ekonomi,sedangkan 65% kuasa ekonomi(membeli) adalah orang Melayu.

Berikut adalah beberapa kisah kedai kopi yang dapat dikumpulkan berkaitan kuasa ekonomi.

Kisah 1
Seorang tokay dan Melayu(pegawai/ahli politik) berjumpa di kedai kopi ,berbincang tentang perniagaan(tender) dan meminta bantuan untuk menyokong projeknya dengan janji habuan jika ianya dibantu,dan jika ada sekatan dia akan guna nama Melayu lain.
Presepsi/Kesalahan:minum kopi,terima duit kopi ,Ali Baba dan ianya win-win situation

Seorang kontraktor dan Melayu(pegawai/ahli politik) berjumpa di kedai kopi,berbincang tentang perniagaan(tender) dan meminta bantuan untuk menyokong projeknya dengan janji habuan/tanpa habuan jika dibantu.
Presepsi/Kesalahan:minum kopi,haram terima duit kopi/tidak mengenang budi jika di bantu dan ianya tidak win-win situation.

Kesimpulan : Lebih mudah berurusan dengan tokay dan maruah tergadai dengan secawan kopi dan sekotak rokok

Kisah 2
Wabak penyakit demam babi atau selsema ayam,ramai penternak kerugian, maka persatuan-persatuan mula menjerit-jerit kerugian maka dengan secepat roket ganti rugi berjuta-juta ringgit diberi dengan alasan ianya akan menyebabkan implikasi besar terhadap industri

Wabak Kuku dan mulut terhadap lembu/kambing berlaku,orang kampung terkial-kial mengatasi tetapi sagu hati sahaja diberi dengan alasan ianya tiada nilai ekonomi.

Kesimpulan: Lebih ekonomik membela babi/ayam daripada lembu/kambing dan peri pentingnya menguasai ekonomi berbanding kuasa memerintah.

Kisah 3

Sebelum 2008,syarat pembelian terus Kementerian Kewangan adalah RM10,000,3 syarikat bumiputra sehingga RM 50,000.00 maka tokay pun mencari jalan untuk turut serta,jadi Melayu malas menjadi Ali Baba dan jika ada Melayu bijak tokay terpaksa memberi diskaun atau berkongsi untung

Selepas 2008,syarat pembelian terus Kementerian Kewangan dinaikkan kepada RM 50,000 tanpa syarat tambahan .demi menjaga hati tokay-tokay ;maka Ali Baba dan pembekal Bumiputra ditendang tokay-tokay kerana tidak memerlukan perkongsian pintar lagi(kata NAJIB) maka meloponglah USAHAWAN MELAYU

Kesimpulan:Melayu hanya melukut ditepi gantang dan memakan serpih-serpih sahaja .


Penyelesaian:

Melayu mesti menguasai ekonomi dengan cara mempertahankan benteng ekonomi itu sendiri,dimana sekiranya terdapat manafaat pada Melayu maka ianya harus didahulukan dan jika ada kekurangan Melayu maka jangan takut untuk menegur dengan tujuan memperbaiki Melayu itu sendiri.

Bak kata pak mertua: Selagi Melayu tidak boleh mengasingkan kuasa ekonominya dan bergantung pada tokay-tokay selagi itulah Melayu akan tertindas.Pepatah nenek moyangnya : 'Seberkas kayu penyepit lebih kuat daripada sebatang penyepit'


Peladang Perkasa



Sunday, July 11, 2010

Najib dan piala dunia 2010 part 2: Live from Pekan South Africa-Najib the grounded team manager

In Pekan we expected Najib to give a new lead as how to go on with managing UMNO which is waning day by day in support and the clear corrosion of the party members sense of belonging towards this 22-year old party.

He only touched on the same ancient issues like calling every UMNO member to work as a team and to work hand-in-glove with the leadership.

He quoted example of the football world cup teams which we saw and unexpected to win over the favorites because of their good team work. He had said this in Bagan Datoh last week and he is repeating the same in his own Division yesterday.

He said,"I don't want to see primadonas who only play by themselves and who thrive to score the goals themselves."

BUT is he a good team manager in the first place? A good teamwork should come from a good team manager. How is Najib going to mange a good team with good teamwork if there are still loads of defective player in his team?

How to have good team players when Nazri is still in the forward? How could we have a good teamwork when Nor Mohammad Yaacob is still in the team when he is suspected of ‘selling’ the game for personal wealth and gains?

Why is he still allowing Rais Yatim to be the player when he has no more stamina to initiate a counter attacks against the opposing team? To counter attack the team needs fast player to do it. How can he rely on Rais to counter attack when he is not able to run even to the middle of the field?

He has the expertise of amusing the team manger and that makes him to be the most lasting player in the team. Mohammad Hasan is another player who is in the same league with Rais.

What about our defense? Does Najib really understand what he says? The defense lineup are the MBs. Can Mohammad Hasan defend NS? Most of UMNO divisions in NS and its ordinary members in the state think that he is just a primadona of the state.

So does Rais. In NS team nobody wants to pass the ball to him as he is not capable of returning the passes to other members of the team. He is a loner in the team and wants to score the goal himself. Rais, and Mohammad Hasan can’t even take a short penalty kick. In short all the players in NS are primadonas like what Najib is saying loudly.

NS team are almost certain to loose to the opponent if the team manager for the state is not replaced within these few months to prepare with viable and strong team for the next tournament.

I am too sure that in other states there are only primadonas, just ‘shok sendiri’ and they are hordes of political ‘masturbators’.

What is the reason for these weak players in the team? Normally in any football team the team manager would be blamed and be made accountable. All the team managers of the early favorite’s teams which did not perform have left South Africa for home.

In France the team manager was question by Parliament for their dismal performance in South Africa. Maradona’s fate as the Argentinean team manger is at stake and decision on him will be made known in 2 weeks time.

So does for the England’s team manager who led a failed English team South Africa, Capello. The chances of them being unceremoniously dropped as team managers are almost certain because of their failures to form good teams in the World Cup in South Africa.

Now let us look at our own team. Najib is the team manager. Has Najib succeeded in fielding good players in his team? Right now his national team is impregnated with players who play for the expensive club and they are too used to big money and prizes.

They are not interested in getting a win for the team and the nation. They are just interested in money and glamor and they actually the real primadona in the real sense of its meaning. They want the balls by themselves.

In actuality our team is a lineup of primadonas that Najib mentioned in Pekan.

If Najib is serious to have a good teamwork for the national team he can just choose one of the two options available for him; firstly he should change the players altogether and find those who are capable of playing as a team player. OR he resigns as the team manager as the nation is going to question his capability to lead a good team.

Najib needs all the courage to do either one of those 2 options.

If he chooses to resign as the team manager than he can join people like me who play at the position like many others are capable of; that is to play the ‘right outside’ position.

The ‘right outside’ is very safe position. We will still be in the stadium but the position is about 15 meters away from the playing field. At this position we can shout and yell and it is easier to see where a team goes wrong.

We can shout at the players if they don’t perform and we shall clap our hands and extend them with gratitude and appreciation if they perform by scoring reasonable number of goals and ultimately win the matches.

Najib dengan Piala Dunia 2010 Part 1

Najib jual perlawanan

Semua terbaca dalam akhbar dan media alternatif tentang seruan DS Najib kapada ahli-ahli UMNO untuk melakukan serangan balas terhadap parti-parti pembangkang kerana menyerang kita dengan bertubi-tubi. Beliau membuat seruan itu semasa berucap meresmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh baru-baru ini. Beliau meminta ahli-ahli UMNO untuk menonton perlawanan bola sepak piala dunia dalam kontek politik….jangan berkumpul didepan gol sahaja untuk mempertahankan kubu kerana ia boleh dibolosi pada bila-bila masa sahaja. Jika kita hanya mengambil sikap ‘defensive’ sahaja kita tidak ada peluang untuk berjaya menyumbat gol.

DS Najib meminta kita melakukan ‘counter attack’ untuk mencari gol kemenangan atau dalam politik kita untuk mendapatkan kemenangan mengambil hati rakyat. Anoloji yang dipaparkan oleh PM itu ada benarnya dan kita boleh melakukan ‘counter attack’ itu dan ada kemungkinan boleh membawa jaringan gol untuk pihak kita. Tetapi persoalannya, kita mempunyai pasukkan yang tidak mampu untuk melakukan ‘counter attack’ itu kerana barisan hadapan kita tidak mempunyai kekuatan mental untuk bermain sehingga tamat. Barisan hadapan pasukkan kita kalau pun mampu selalu menjual permainan kepada pihak lawan kerana bayarannya terlalu besar untuk ditolak. Rasuah bola sepak adalah perkara yang sangat biasa dan kepada ‘team’ kita yang berimejkan rasuah maka ianya begitu mudah untuk terperangkap dengan isu itu. Saya juga peminat bola walaupun saya tidak pandai untuk bermain. Saya tidak mampu untuk diletakkan dalam posisi ‘right inside’ dalam permainan bola. Itu sebabnya saya memilih untuk mengambil posisi ‘right outside’ (luar padang) dan itulah posisi yang paling seronok sekali kita ambil kerana dalam posisi itu boleh mengata pemain itu tak betul dan pemain ini tak betul dan sebagainya. Berbalik kepada cadangan Najib tadi, sebenarnya 'team' kita tidak kuat. Buat masa ini ‘team’ kita hanya mampu untuk bertahan sahaja. Itu pun kita sedang menghadapi risiko untuk dibolosi pada bila-bila masa sahaja. Kalu kita naik keatas untuk menyerang, maka mudah sahaja pihak lawan akan menumbat banyak gol kedalam ruang gol kita. 'Dikalangan pemain 'forward' kita itu pun, ramai yang tidak ada perasaan sayang kepada 'team' dan negara yang mereka wakili.

Apabila kita mempunyai pemain yang tidak bersemangat kental maka pemain-pemain kita telah menjual ‘game’ untuk mendapatkan wang ringgit yang banyak. Mereka selama ini bersusah payah untuk menjadi pemain negara kerana nak jual ‘game’ dan boleh cari makan. Sama ada penonton suka atau tidak mereka tidak peduli. Yang penting mereka dapat ‘fulus’ yang banyak. Masalahnya dalam ‘team’ kita, ketua pasukkan itu dikhuatiri boleh dibeli dengan wang. Itu sebabnya penonton telah ramai yang menyokong team lawan kerana sikap dan perangai dan nilai pemain-pemain kita sendiri. Saya ingin menekankan kepada Najib bahawa semua pemain-pemain dalam team yang beliau ketuai ini, menjual ‘game’ dan penonton-penonton nampak semuanya itu. Jadi kalau ketuanya mencari makan dan semua pemain dalam ‘team’ itu juga mencari makan seperti yang dipercayai oleh ramai penonton, maka akhirnya penonton-penonton akan memberikan tepukkan dan sokongan kepada pasukkan lawan, kerana pasukkan lawan lebih serius bermain bola tersebut. Apabila pemain-pemain pasukkan tidak mempunyai semangat yang kental bermain untuk negara, maka mereka mudah untuk menjual ‘game’ tersebut untuk kepentingan diri masing-masing dengan mengisi saku masing-masing. Dalam posting-posting yang lepas saya telah menekankan yang kita memerlukan ‘team’ yang baru dan ‘fresh’ untuk menghadapi ‘team’ lawan yang semakin hari semakin mendapat sokongan dari penonton-penonton. Selama ini penonton-penonton kecewa kerana mereka selalu terserempak dengan pemain-pemain yang sedang membuat perundingan untuk menjual ‘game’ dengan harga yang mahal-mahal. Ramai penonton-penonton telah memihak kepada ‘team’ lawan atau pun tidak lagi mahu menonton permainan kerana tidak mahu membazirkan wang membeli tiket perlawanan yang tidak bersih itu. Sekarang, kita fikir-fikirkanlah bagaimana nak cari ‘team’ yang baru untuk mewakili kita. ‘Team’ yang sekarang sudah terlalu kenyang dan mereka tidak mempunyai ‘stamina’ yang kuat untuk bermain dan untuk menangkis sogokkan rasuah yang begitu besar kepada ‘team’ yang sanggup menjual permainan ini. Penonton sudah letih bertepuk dan bersorak bagi pihak ‘team’ kita tetapi pemain-pemain kita menggunakan sokongan kita itu untuk menjual permainan dengan harga yang tinggi untuk membuat simpanan dalam bank-bank dimerata tempat dalam dunia ini.

Lagi pun pemain-pemain handalan kita mempunyai isteri-isteri yang 'glamorous' untuk membeli belah digedung-gedung membeli belah diLondon, Paris dan New York. Mereka terpaksa menjual permainan (rasuah) untuk memenuhi keinginan isteri-isteri yang mabuk 'shopping' itu. Penonton sudah tidak mahu lagi dijadikan sebagai kerbau yang disuruh membajak sawah setiap hari sedangkan hasilnya dibaham oleh tikus-tikus gemuk didalam kepuk padi kita.

Friday, April 2, 2010

1Malaysia,MalaysiaMalaysia& Middle Malaysia

1Malaysia,MalaysiaMalaysia & Middle Malaysia atau masuk ikut tengah.....

Apakah persamaan antara 3 ini? Rogol & Liwat

Semuanya bertujuan untuk melemahkan lagi perpaduan antara orang Melayu dan digunakan sebagai slogan untuk memecahbelahkan orang melayu..

Kuasa politik orang Melayu telah lama tiada yang ada hanyalah kuasa wayang kulit sahaja.Orang Melayu telah ditipu hidup2 oleh bangsanya sendiri.Pemimpin Melayu yang dipilih telah lama mengkhianati bangsanya sendiri....

Kuasa sebenar politik dan ekonomi adalah milik bangsa Cina.Orang Melayu telah lama tergadai dengan hanya dirasuah sebatang rokok dan secawan kopi....

Bangsa Melayu yang ada telah di.......rogol dan diliwat........

Sunday, January 31, 2010

DSAI DAN LABUNYA

a'kum DSAI

bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan,bosan sebab tak ada perubahan dengan attitude wakil rakyat PKR,

menyesal,menyesal,menyesal,menyesal,menyesal,menyesal,menyesal,menyesal,menyesal,menyesal,menyesal,menyesal,menyesal,menyesal,menyesal, kerana mengundi PKR semenjak 1998-2008

bodoh,bodoh.bodoh,bodoh,bodoh,bodoh.bodoh,bodoh,bodoh,bodoh.bodoh,bodoh,bodoh,bodoh.
bodoh,bodoh,bodoh,bodoh.bodoh,bodoh sebab diberi kuasa tidak tahu nak guna, masih lagi PERANGAI macam umno dan BN

kesian,kesian.kesian.kesian,kesian,kesian.kesian.kesian,kesian,kesian.kesian.kesian,kesian,kesian.kesian.kesian,kesian,kesian.kesian.kesian sebab rakyat kena tipu dengan DSAI SBB sibuk berpolitik tanpa jaga kebajikan rakyat.

mimpi.mimpi.mimpi.mimpi,mimpi.mimpi.mimpi.mimpi,mimpi.mimpi.mimpi.mimpi,mimpi.mimpi.mimpi.mimpi,mimpi.mimpi.mimpi.mimpi,mimpi.mimpi.mimpi.mimpi untuk DSAI jadi PM jika PKR huru hara dan rakyat menyampah.

rakyat,rakyat.rakyat.rakyat.rakyat,rakyat.rakyat,rakyat campakkan semua wakil rakyat PKR dan BN sebab semuanya perompak profesional.

Wassallam DSAI

from
PELADANG BENGANG

Monday, October 26, 2009

1Malaysia

A'kum DSNTR,
Tahniah kerana membentangkan belajawan,terutamanya berkaitan pendidikan ,hanya insentif untuk sekolah cemerlang tetapi masih kekurangan terutama dari insentif untuk integerasi pelajar.sepatutnya kerajaan memberi insentif jika satu sekolah itu dapat menggintegrasikan pelajarnya dimana setiap sekolah dan pelajar cemerlang dalam BM,BI dan BAHASA 3(Mandarin @ Tamil).Dengan ini matlamat 1 Malaysia akan lebih cepat diterap.Tentu YB ingat lagi tentang sekolah St John dimana pelajar berbilang kaum bersama-sama berintergrasi tetapi ini semua tidak dapat dinikmati oleh pelajar luar bandar dan dengan itu menyebabkan mereka berada didalam keaadaan defensif.Dengan adanya korikulum ini maka semua pelajar dapat bergaul tanpa sempadan diantara satu sama lain.
Saya terus berintergrasi kerana inginkan suasana di St John itu terus hidup ,dengan berkahwinan campur dan berpendidikan Mandarin untuk anak-anak.Jadi jika kerajaan betul-betul inginkan 1 Malaysia maka anak-anak ini mestilah diberi insentif jika mempelajari subjek intergrasi.
Saya berharap DSNTR dapat mempertimbangkan lagi cadangan ini.
from
Peladang Jaya
Seremban

Friday, March 20, 2009

PPSMI DAN MUHAMMAD MOHD TAIB

Pagi ni CHE DET bagi ulasan yang MUHAMMAD MOHD TAIB tidak sesuai untuk jadi TIMBALAN PRESIDEN UMNO sbb tak boleh menulis dan bercakap orang putih(enggeris).Mat ni sekolah kampung tapi masa pelajaran inggeris dia lari cabut kelas so sekarang dah jadi masaalah nak kejar jawatan TPM.

Aku rasa dia pun setuju kalau PPSMI diajar disekolah sekarang sebab kalau boleh dia nak masuk kelas untuk dapat jadi TPM,jadi ringkasnya B.I tetap penting pada semua bukan sahaja untuk SAINS dan MATEMATIK bahkan apa sajatujuan komunikasi.
Pada yang menolaknya ,duduklah korang kat MALAYSIA ni macam MUHAMMAD MOHD TAIB.....

TUN SRI LANANG MODEN

Tuesday, March 17, 2009

reply @dsai blog

terima kasih kekawang semua,
tiada siapa tahu siapa Peladang TETAPI PELADANG lebih advance dari kekawang semua.Memang PELADANG ada ladang ,tetapi PELADANG dah LAMA JADI BANGSA MALAYSIA sebab MOYANG PELADANG MELAYU ambil 1 ANAK ANGKAT CINA dan 1 INDIA kat BAHAU ESTATE.Jadi PELADANG ada NENEK MELAYU 3,NENEK CINA 1 dan 1 NENEK INDIA,NENEK SAUDARA PELADANG AMBIL 1 ANAK ANGKAT CINA kat JUASEH & PAK SAUDARA PELADANG KAWIN DENGAN 1 ANAK ANGKAT CINA JADI PELADANG ADA 2 MAK SAUDARA CINA.
PELADANG PULA KAWIN DENGAN CINA .PELADANG ADA MERTUA DAN IPAR DUAI CINA DAN DAPAT 4 ANAK MALAYSIA, SEMUA HANTAR SEKOLAH CINA KAT SOROMBAN DAN SEMUANYA CAKAP CINA KAT RUMAH.DALAM RUMAH KAMI CAKAP BM,INGGERIS,CINA DAN ARAB(SEK AGAMA).PILIHANRAYA 99-2008 PELADANG PANGKAH PEMBANGKANG KAT SEGAMBUT; BELAKANG RUMAH DSAI.
PENDIDIKAN TAK TINGGI TAPI DARI SEKOLAH RENDAH BELAJAR KAT SRK(ING)JALAN BATU(BATU ROAD ) HINGGA IJAZAH ADALAH SEGULUNG DAN SEMUA SUBJEK AMBIL DALAM NEGERI SUBJEK INGGERIS SEBAB BUAT VET(DR GITU DIK NON…),JADI APA KURENGNYA GUA…..TAPI PASTI PELADANG LEBIH ADVANCE DR KENKAWANG SEMUA YANG HABUK PUN TAKDAK….PEACE

Sunday, March 15, 2009

PPSMI/PERAK vs MELAYU,CINA INDIA

DSAI tolong hentikan bantahan oleh PR dan VETERAN sasterawan untuk PPSMI demi masa depan anak Melayu yang lain.Kami tidak mampu menghantar anak untuk ke kelas tiusyen BI seperti anak-anak orang kaya;maka ketinggalan anak kami disebabkan oleh kemiskinan kami.Walaupun saya tidak suka Dr Mahathir tetapi apabila dia memperkenalkan PPSMI, saya dapat melihat cahaya terang dalam kehidupan anak-anak, saya tahu agenda tersembunyi Dr Mahathir iaitu dia tidak mahu berlaku kekecohan dari golongan sasterawan jika dia mengistiharkan BI sebagai bahasa Kedua Malaysia maka itu cara lain agar anak bangsa mempelajari BI hanyalah dengan PPSMI.(sila baca komen dalam CHE DET BLOG)

Saya bangga anak saya kini boleh bertutur dalam BI,dan begitu juga saya rasakan pada ibubapa yang lain yang mungkin tidak tahu sepatah haram BI tetapi anak mereka dapat melakukannya.

Saya juga sedih atas apa yang berlaku pada PR dimana saya sangat menyokong kuat, tetapi apabila berlaku kekecohan di PERAK saya tidak nampak dimana keteguhan PR itu sendiri, yang cuma saya nampak hanya kebodohan orang melayu disebabkan mabuk kuasa.BN memang zalim tetapi saya rasa orang Melayu lebih dizalimi kerana GILA KUASA MELAYU UMNO,TUKANG BELASAH ORANG ;POLIS MELAYU/FRU MELAYU dan yang KENA BELASAH MELAYU PR.Setiap perhimpunan DEMO 95% MELAYU dan 5% CINA/INDIA.

Mana perginya CINA,INDIA dalam PR yang betul-betul menyatakan sokongan selama ini dan apa jawapan mereka, "BAIK JAGA PERIUK NASI SENDIRI sebab EKONOMI TAK BAGUS, PERUT MESTI ISI ,itu polotik punya hal kasi MELAYU handle"

ITULAH SEBENAR WAJAH POLITIK MALAYSIA

Tok KENALI MALAYSIA

Saturday, December 20, 2008

IJN BUAT RAKYAT SAKIT JANTUNG

Penswastaan IJN merupakan jalan mudah untuk mengaut keuntungan dengan daripada kepayahan rakyat.Kerajaan hanya berdolak dalik untuk menghalalkan cara,

Apakah sebenarnya yang berlaku?Kerajaan menyatakan kebajikan kakitangan IJN akan diperbaiki dan dapat mengurangkan pengaliran keluar kepakaran.Sime Darby menyatakan perkhidmatan akan bertaraf profesional dan pelaburan 1 bilion akan disuntik untuk menaik taraf kemudahan IJN.

Apa yang KITA TAK TAHU ATAU BUAT TAK TAHU...
Sektor Kesihatan adalah perniagaan yang menguntungkan.KPJ,PANTAI,SUNWAY adalah hospital swasta yang berteras keuntungan.Pelaburan atau penyediaan satu kemudahan kesihatan yang bertaraf profesional adalah sangat tinggi.Pelaburan 5-10 Billion tidak mustahil untuk hospital matang setaraf IJN.Pelaburan berisiko ini tidak sesuai bagi menghadapi kegawatan 2009/2010

Sime Darby merancang dan berharap kerajaan akan memberi pengurusan 51% supaya mereka tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk menyediakan prasarana, HANYA DENGAN BERJANJI (TETAPI SELALU BOLEH CULAS)PELABURAN 1 BILLION ,SIME DARBY akan memiliki IJN.Taktik ini penting bagi menghadapi kegawatan ekonomi yang dijangka pada 2009/2010.Jika gawat benar terjadi SIME DARBY dapat menangguhkan pelaburan 1 Billion atas alasan kegawatan tetapi IJN telah menjadi milik SIME DARBY

Adakah kerajaan sudah bangkrap kerana tidak dapat menyediakan 1 billion untuk menaiktaraf kemudahan IJN sehingga terpaksa menswastakan IJN.JAWAPAN INI HANYA BOLEH DIJAWAP OLEH CUKONG-CUKONG SIME DARBY DAN AHLI POLITIK kerana mereka berharap mendapat sedikit tempias jika penswataan ini berjaya.

Rakyat biasa pasti akan tertindas kerana penswstaan hanya menambah keuntungan syarikat dan pasti perkhidmatan di IJN akan memerlukan kos yang tinggi.RAKYAT memerlukan perlindungan kerajaan kerana RAKYAT yang memilih KERAJAAN,jangan RAKYAT hanya diperlukan semasa memilih WAKIL RAKYAT sahaja.

From:IJNS(INAS JOHOL N.SEMBILAN)

Thursday, October 23, 2008

Sedihnya Malaysia Tanahair Ku

50,000 pekerja kontrak kerajaan mungkin diberhenti,alasan kekangan kewangan kerajaan-CUEPACS.

Tajuk berita 24/10/08 ini betul-betul menghiris jiwa aku sebagai rakyat Malaysia.Setelah lebih 50 tahun MERDEKA ,rakyat Malaysia masih lagi tidak nampak dimana sebenarnya kedudukan kita RAKYAT dimata PEMERINTAH.
Didalam negara yang serba makmur ini, kita rakyat Malaysia diperbodohkan dengan perkara yang tidak masuk akal.Kegawatan ekonomi,ekonomi merundum , inflasi tinggi dan pelbagai lagi kata muslihat ekonomi negatif dimomokkan kepada RAKYAT.

Aku tidak nampak dimana sebenarnya kemiskinan rakyat Malaysia kerana dimana saja dipijak dan mana bumi diduduki semuanya memberi hasil kepada PEMERINTAH.Tanah,pasir, ladang ,minyak dan banyak lagi hasil mahsul bumi ini memberi hasil TETAPI kenapa masih mengatakan kita ini sebagai miskin,sedangkan hasil melimpah ruah.Jawapannya adalah kerana kita dipimpin oleh pencuri, lanun dan bapak perompak.Mereka mencuri dan merompak atas kebenaran kita sendiri sebagai rakyat setiap 5 tahun sekali.Kita menghalalkan mereka atas alasan mereka layak untuk memimpin menjadi perompak profesional.Mereka tidak boleh kita salahkan kerana mereka hanya menerima pencalonan dari RAKYAT MALAYSIA; maka jadinya yang bebal adalah kita rakyat MALAYSIA.

Kini MEREKA mentadbir MALAYSIA seperti syarikat bapak MEREKA ,dengan restu dan mandat RAKYAT MALAYSIA.Pengganti diniagakan ,pembida tertinggi dialah KETUA PEROMPAK dan ditunjukkan untuk direstui seperti MALAYSIA ini mereka yang punya.Semua hasil rompakan diberi sesama mereka tanpa rasa bersalah dan berdosa walaupun mereka tahu 1 HARI di NERAKA bersamaan 70 TAHUN di DUNIA.
RAKYAT MALAYSIA yang bebal semuanya hanyalah cuma mengeluh dan memandang hampa tetapi tidak bertindak.

Penguasa,pemimpin masyarakat ,alim ulama,guru-guru,ahli koporat ,penoreh getah,nelayan,peminta sedekah dan semuanya hanya tahu merintih pada angin, mengadu malang nasib tetapi mereka lupa yang merekalah sebenarnya RAJA dan PEROMPAK yang dipilih sebenarnya cuma PENCACAI PENGANGKAT NAJIS

rintihan dari: Bakal Penganggur.

Monday, September 8, 2008

WARKAH UNTUK MELAYU,CINA DAN INDIA

Masih sibuk lagi tuntutan untuk meminta maaf diajukan antara parti politik Malaysia.Pemerintah dan Pembangkang sama-sama menambahkan api dalam meraih simpati kaum masing-masing mencari Sang Jaguh.

Apa perlu kita terbabit sama dengan permainan ini?Jawapannya rakyat Malaysia mesti menjauhi perosak-perosak ini.Kita harus mengasingkan diri kita semua daripada ancaman politik bodoh ini sebab kita semua adalah TUAN-TUAN kepada mereka dan politikus ini sebenarmya adalah HAMBA SAHAYA kita.

Melayu,Cina dan India ,sebenarnya kita telah terpesong dari tujuan memilih wakil,politikus telah mengadu domba kita rakyat MALAYSIA dengan menjadikan kita sebagai ABDI untuk kelangsungan kekuasaan mereka.Kita mesti memperbetulkan ia dari sekarang agar kita rakyat MALAYSIA dapat memperolehi nikmat yang sepatutnya.

MELAYU ;

Jangan kamu dengari lagi kata-kata Ketuanan Melayu ,sebab kamu sememangnya telah menjadi TUAN di MALAYSIA ini,Projek-projek kerajaan yang kamu jalankan telah kamu serah/kongsikan dengan rakan Cina,bukankah ini menunjukkan MELAYU sebagai TUAN?
Lesen-lesen perniagaan,permit dan hartanah telah kamu kongsi/serahkan kepada rakan Cina untuk diusahakan dan MELAYU menerima LABA nya sahaja.Bukankah ini menunjukkan MELAYU itu TUAN.

CINA;

Jangan kamu dengari lagi kata-kata Pendatang CINA sebab itu nenek moyang kamu,CINA sekarang adalah rakyat MALAYSIA.Jika pemimpin mengatakannya biarkanlah sahaja, jangan terpengaruh lagi kerana meraka hanya ingin memecahkan kita semua.Ekonomi telah kamu kuasai dan rakan MELAYU telah banyak membantu .

INDIA;

Jangan kamu dengari lagi kamu golongan KELAS TIGA,kerana itu hanya momokan pemimpin kamu untuk menyekat kebangkitan kamu.Mereka rela kamu dihimpit penderitaan asalkan mereka beroleh kesenangan.Bangunlah bersama MELAYU dan CINA mengujudkan negara MALAYSIA yang SAKSAMA,tanpa Prasangka antara sesama KITA.

From : Sungai Siput with love

KEADILAN UNTUK SEMUA

Pakatan RAKYAT yang menanti MASA….

RPK menyatakan dalam blognya mengenai sangsinya dia bahawa DSAI dapat menguasai Parlimen tanggal 16 September.Episod 13 May 1969 mungkin berulang disebabkan kehilangan kuasa MELAYU dalam pemerintahan negara.Sayugia itu pada pendapat saya apa perlunya MP Melayu yang tidak sanggup berjuang bersama rakyat bagi mempertahankan maruah ISLAM dan bangsanya sendiri yang telah ditindas selama 51 tahun.Tanggungjawab MP adalah berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira keturunan disebabkan kita yang meletakkan MP ditempat mereka sekarang.

Pada tahun mendatang ini kita harus memperjuangkan kesamarataan tanpa mengira kaum sambil itu menghormati agama dan kebudayaan semua kaum.

Orang Melayu ditakrifkan sebagai mundur dan memerlukan tongkat@subsidi,tetapi siapakah Melayu yang maju? MP Melayu yang yang sebenarnya menghalang kemajuan orang Melayu,tanpa rasa malu dan bukan rahsia lagi MP Melayu bersengkokol dengan Tauke Cina menjarah semua kekayaan rakyat MALAYSIA.Kemudian mereka menyatakan Kaum Cina adalah pendatang supaya kita orang Melayu berprasangka buruk dengan kaum Cina.Sepatutnya MP Melayu memperjuangkan agar orang Melayu lebih memahami kaum Cina dengan berkerjasama dan mempelajari kepandaian mereka.

Penekanan dari segi pendidikan bahasa MANDARIN di sekolah sahaja jalan untuk orang Melayu memahami kaum Cina dan menghilang prasangka, setelah Melayu memahami apa yang diperkatakan atau permintaan kaum Cina.Jurang ini dapat mengurangkan tekanan antara kaum.

MP Melayu tidak bersetuju kerana mereka berharap orang Melayu tidak memahami maka lebih senang menggunakan isu perkauman terhadap kaum Cina atau kaum India di Malaysia.Ianya juga terguna pakai kepada orang India dengan bahasa TAMIL nya.

DSAI sepatutnya tidak perlu MP Melayu tersebut kerana tanpa mereka kita juga boleh meraih kuasa dari PAS,PKR dan jika masih tidak mencukupi jawatan eksekutif boleh dibuka kepada orang Melayu yang bijaksana untuk mengisi peruntukan majoriti kaum Melayu.Kita pasti rakan BN yang berpindah kePR bersetuju selagi dasar bekerja untuk rakyat dan kesamarataan kaum dijunjung.

Kepada PAS dan DAP hentikanlah pertikaian siapa lebih ISLAM dan lebih KAPITALIS,itu semua adalah idea usang untuk mengasingkan masyarakat.ISLAM adalah agama yang MULIA, tidak perlulah mendabik dada yang kita lebih ISLAM dari yang lain.Semua umat ISLAM wajib mengakui yang ISLAM itu SHUMUL (Lengkap),terguna pakai kepada seluruh penganutnya.Noktah.

Pada DAP carilah kapitalis sebanyak mana tetapi jangan menafikan yang perkara kearah kebaikan terdapat dalam setiap ajaran agama ISLAM,KRISTIAN,HINDU BUDHA dsbnya.Katakanlah benar bahawa,berjudi,minum arak ,rasuah,tikan nombor ,berzina itu membawa keburukan kepada masyarakat dan dilarang didalam semua ajaran agama.Jika menafikannya,jelaslah PR MEMBAWA RAKYAT KEPADA KEHANCURAN.Sama-samalah kita rakyat MALAYSIA menjadi bangsa MALAYSIA yang bermoral .

Penyelesaian bagi permasaalah berikut adalah mengadakan dua sistem yang sama taraf didalam sistem perundangan dimana Mahkamah Syariah adalah setara dengan Mahkamah Sivil.Pastinya sesiapa terinaya dapat memilih mahkamah yang dirasakan dapat memberi keadilan kepada mereka,pastinya bila dilaksanakan kebanyakan kes yang melibatkan wanita terinaya tanpa mengira kaum akan pergi ke mahkamah syariah kerana hukum ISLAM jelas melarang berjudi,minum arak,tikam nombor,berzina adalah HARAM.Jika merasakan tidak mendapat keadilan mereka boleh ke mahkamah SIVIL.

Pastinya rakyat MALAYSIA yang cintakan keamanan ,kerukunan kaum bersetuju untuk melihat kita semua diadili oleh mahkamah yang adil.

Sunday, August 31, 2008

51 Tahun Merdeka dan Integrasi Kaum

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA.

Tepat detik 12 malam sebentar tadi KAMI menjerit melaung slogan keramat itu sebanyak tiga kali.Setiap wajah di Dataran Merdeka gembira menyambut ketibaannya setiap tahun.Melayu , Cina , India dan pelbagai bangsa bersama meraikannya.Pemimpin-pemimpin juga berseri diwajah mereka,merasakan mereka telah berjaya mempertahankan kebebasan setiap rakyat Malaysia untuk ke sekian 51 tahun.'Rakyat Malaysia ,rakyat majmuk'kata mereka.TIADA TEMPAT LAIN DIDUNIA INI SEMAJMUK MALAYSIA.

Itulah aliran arus dipermukaan, sedangkan apa sebenarnya berlaku didasar amat menakutkan.Politik Malaysia berada didalam kepura-puraaan.Pelbagai perkara yang mengelirukan,syak wasangka,pengkhianatan,pembelotan dan perebutan kuasa menyebabkan rakyat hidup dengan syak-wasangka sedangkan 51 tahun telah berlalu.

Permainan politik akhir ini ,mengakibatkan berlaku ketidak-tentuan.Melayu berprasangka kepada Cina,India berprasangka kepada Melayu.Perkara ini sebenarnya disedari oleh semua pemimpin , baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat tetapi atas perebutan kuasa ,ianya menjadi kunci bagi menguasai rakyat.

Kami,anak-anak Malaysia selepas Merdeka sebenarnya sudah tidak peduli lagi terhadap asal-usul kami.Melayu Proto,Cina Pendatang atau India Pendatang sudah tidak ada dalam kamus asal usul kami.Bagi KAMI , MALAYSIA adalah TANAHAIR.KAMI SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

Pemimpin selalu mengimpikan BANGSA MALAYSIA ,tetapi mereka kembali kepada kelompok mereka dan menjadi jaguh kepada kaum mereka.Pemimpin menyelamatkan kuasa mereka dengan memperjudikan masa depan golongan seperti kami , BANGSA MALAYSIA.

Erti BANGSA MALAYSIA bagi kami adalah keadaan bertoleransi diantara semua kaum untuk kesejahteraan tanpa mengira ras-ras kami.BANGSA MALAYSIA boleh dicapai dengan melakukan perubahan kepada dasar asas kami iaitu sistem pendidikan .Pendidikan negara harus dirombak pada sistem yang baru ,dimana tiada lagi had batasan untuk menuntut ilmu.

Kaum Melayu; paling mundur ,tidak tahu ekonomi,malas,petani dan sebagainya.
Kaum Cina : pandai ekonomi,suka tipu orang, rajin ,tokey dan pelbagai lagi
Kaum India: Malas, gangsterisme,kaki botol dan lain-lain

Itulah yang dicanang selama 51 tahun diantara kaum bagi menyekat daripada pemimpin kehilangan kuasa, sedangkan jalan keluar tidak pernah ditunjukkan.

Pendidikan dan pembelajaran bagi kami, sebenarnya akan mewujudkan BANGSA MALAYSIA.Pendidikan harus berteras ILMU dan KEMAHIRAN.

Pendidikan ILMU bermula dari BAHASA.Nasionalis Melayu dengan Bahasa Kebangsaan,Nasionalis Cina dengan Bahasa Cinanya dan begitu juga kaum India dengan Tamil nya.Setiap Nasionalis mempertahankan hak-hak mereka.

Kami, BANGSA MALAYSIA tidak memerlukan nasionalis ini kerana bagi KAMI,semua bahasa adalah perlu.Bahasa Melayu difahami oleh SEMUA,MELAYU memerlukan MANDARIN dan TAMIL,CINA memerlukan BAHASA MELAYU dan TAMIL dan INDIA memerlukan MANDARIN dan BAHASA MELAYU.KAMI memerlukan sistem pendidikan yang menawarkan semua bahasa agar KAMI dapat hidup tanpa berprasangka lagi dan dapat memahami konsep masyarakat majmuk yang PEMIMPIN KAMI inginkan.Bagi KAMI melangkah lebih jauh BAHASA INGGERIS haruslah menjadi bahasa Antarabangsa KAMI.

Dengan adanya BAHASA INGGERIS tidak perlulah nasionalis kami beradu siapa yang lebih NASIONALISMA .BAHASA INGGERIS akan menjadi bahasa ilmu KAMI.

Sistem Pendidikan mestilah mempunyai Bahasa Malaysia (Utama),Bahasa INGGERIS (Kedua) danMandarin/Tamil(pilihan wajib) .Dengan ini KAMI tidak perlu lagi mendengar NASIONALI S KAMI menjadi jaguh kaum.

Setelah KAMI mengusai bahasa,KEMAHIRAN adalah keinginan KAMI.

RemajaMelayu: Rempit,Dadah , melepak
Remaja Cina : Estacy,Disko,DVD Haram,Judi dan Ah Long
Remaja India: Mencuri, kaki pukul dan kaki botol.

Itulah kata pemimpin menyalahkan KAMI ,sedangkan KAMI memilih mereka untuk menjaga keperluan KAMI.

Sistem Pendidikan yang berteraskan Kemahiran adalah keinginan KAMI.

Pendidikan yang bercirikan peperiksaan pada KAMI adalah palsu belaka,KAMI mengingati tetapi tidak memahami , Pendidik KAMI menipu kami dengan menurunkan peratusan markah KAMI untuk menjaga air muka mereka.KAMI lahir dari punca yang palsu.Biarlah KAMI diberi nilaian sebenar tanpa rasa bangga yang pura-pura.

KAMI yang bijak akan terus menyambung ilmu tetapi jika KAMI sebaliknya , haruslah diberi KEMAHIRAN yang boleh dipergunakan tanpa menjadi beban kepada masyarakat dan pemimpin KAMI.
Pendidikan KEMAHIRAN akan membantu kami menghadapi cabaran dunia sebenar.

Kepada PEMIMPIN KAMI,KAMI tidak lagi memandang asal usul tetapi KAMI menilai PEMIMPIN yang dapat melahirkan BANGSA MALAYSIA YANG TOLERANSI dan tidak hanya menjadi PEMIMPIN untuk satu-satu kaum sahaja.

KAMI tidak ingin melihat kepupusan PEMIMPIN ERA MERDEKA disebabkan oleh kesilapan mereka sendiri.

Jangan KAMI sentiasa dipersalahkan kerana KAMI ingin menjadi BANGSA MALAYSIA YANG MAJMUK

Sunday, June 22, 2008

Pertanian,500 Juta dan Perdana Menteri

Kementerian Pertanian& Asas Tani mengumumkan dana tambahan 500 juta untuk membantu petani, nelayan dan penternak untuk menghadapi kenaikan harga minyak dan peningkatan kos input didalam industri pertanian.Adakah ianya menjadi jalan penyelesaian untuk keseluruhan masaalah? jawapannya tidak....TIDAK!

Kerajaan selalu sangat memberi penyelesaian berbentuk gula-gula dan ini adalah tidak bagus untuk jangka masa panjang pentadbiran kerajaan.Pendekatan berbentuk memberi joran adalah lebih baik daripada memberi duit untuk membeli ikan kerana duit habis ,ikan pun tiada.

PM harus sentiasa kritis kepada buah fikiran pemikir-pemikir disekelilingnya kerana pada hemat Kritik Kedai Kopi(3K),pemikiran negatif didahului untuk mendapat penyelesaian positif.Sistem pemikir yang baik adalah melihat sudut negatif terlebih dahulu dan mencari penyelesaian sehingga titik terakhir barulah pemikiran positif akan mendapat tempat sebagai jalan yang benar. Kebanyakkan pemikiran berbentuk ad-hoc selalu diterima pakai dan menjerat PM apabila ianya dipertikaikan umum sedangkan kemungkinan pemikiran tersebut adalah bukan buah fikiran PM tetapi juak-juak yang lembap akal.

RM500 juta atau 500,000,000 atau 500 dengan enam angka kosong adalah nilai yang sangat banyak. Pemberian bantuan tunai 500 juta kepada golongan pertanian sebenarnya dalah tidak perlu kerana kerajaan pada akhirnya tidak akan mendapat apa-apa hasil dan akhirnya tetap diperkatakan orang.

Pandangan 3K , PM harus mengistiharkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan 500 juta dalam bentuk KEDAI JIMAT dimana keperluan baja, racun, biji benih,anak ikan dan lain-lain imput boleh didapati dengan harga murah .Golongan Pertanian hanya perlu menjadi ahli kedai jimat dengan sedikat yuran dan mereka bebas membeli keperluan pertanian dengan harga murah.Modal RM 500 juta tadi akan sentiasa ada kerana setiap peserta membeli secara tunai dan Kedai Jimat dan peserta akan mendapat keuntungan bersama setelah keuntungan tahunan dikira.

Kerajaan mungkin berfikiran ,agensi kerajaan seperti FAMA,PPK telah lama menyediakan kemudahan seperti itu tetapi hakikatnya FAMA dan PPK adalah lebih teruk dari lintah darat kerana mereka bukannya membantu golongan pertanian tetapi menjadi barua-barua kepada kapitalis.Keuntungan atas angin adalah jalan mudah daripada membantu golongan pertanian.

PPK dengan sistem 10% nya apabila menggunakan PPK sebagai pintu masuk menyebabkan pembekal swasta menggunakannya sebagai kuda tunggangan sedangkan penubuhannya adalah membantu golongan pertanian mendapat input-input yang murah.PPK tidak menggunakan kelebihannya untuk mengimport,membungkus dan mengedar sendiri keperluan pertanian.Pentadbirnya bersengkokol dengan penjual dan hanya makan komisyen 10%.

Contoh:

Harga baja pasaran NPK green = RM205.00/25 kgs

PPK (10%) = (RM 20.50)

Peruncit = RM 184.50

Untung peruncit(30%) =(RM 55.35)

Pemborong = RM 129.15

Untung pemborong(15%) =(RM 19.37)

Pengilang = RM 109.78 - INI BARU HARGA PENGILANG MALAYSIA



Jika PPK import terus dari China atau India sudah tentu harganya lingkungan RM70.00/25 kgs dan jika dijual semula kepada petani dengan keuntungan pengilang Malaysia + 25% keuntungan termasuk kos pengangkutan maka harga baja tidak lebih RM 140.00 - RM 150.00/25kgs.

Malangnya PPK tidak mahu berusaha lebih dan lebih suka berniaga dengan kapitalis dan menindas golongan pertanian.

PPK sepatutnya dibaikpulih dengan melantik peneraju dari profesional peladangan seperti Guthrie atau Sime Darby dan bukan ahli politik yang hanya tahu terima elaun atau cari peluang untuk diri sendiri melalui projek PPK; disediakan blue print seperti petani diJepun dimana petani mereka dibantu untuk mengurangkan kos dengan bantuan koperasi pertanian.Perladangan swasta Malaysia tidak pernah menghadapi peningkatan harga imput disebabkan oleh kawalan harga imput dan mereka membuat pembelian secara pukal terus dari kilang atau import sendiri dari luar negara.

Dasar pertanian Negara mestilah jelas dengan satu matlamat selama-lamanya,seperti mana PM Tun Abdul Razak pernah lakukan dimana dasar komoditi negara bersandarkan getah dan kelapa sawit.Sekarang Malaysia memperolehi laba yang banyak dari dasar beliau.Ini hanya retorik kerajaan untuk meniru beliau seperti buku hijau, tetapi hanya menjadi bahan jenaka rakyat diatas tidak relevannya kerana tiada blue printnya dari mula tanaman hingga proses pemasarannya.


Kerajaan pernah menyatakan FAMA adalah agen pemasaran tetapi pernahkah PM melihat secara menyeluruh apa yang dibuat oleh FAMA? FAMA sepatutnya lebih kuat dari yang ada sekarang,tetapi FAMA lemah ditekan oleh pasaran terbuka.Di Jepun harga koperasi pertanian(seakan FAMA) menjadi tanda aras harga harian tetapi FAMA menggunakan harga pasaran terbuka untuk menekan harga petani.


FAMA sepatutnya menjadi pembekal pasar tani yang ia tubuhkan bukannya hanya membuka pasar tani tetapi imput jualan diambil dari pasaran terbuka seperti pasar borong .Dengan ini harapan petani untuk mendapat harga yang lebih baik tiada.Di Jepun , koperasi pertanian membeli harga tinggi 10% daripada peraih swasta dan menjual 10% lebih murah dari harga pasaran.Koperasi pertanian Jepun menjadi pengedar hasil tanaman dan keuntungan pengedaran dinikmati oleh koperasi dan petani secara bersama setiap tahun.Sistem ini juga terguna pakai di Korea.


Pertanian adalah Perniagaan-slogan kerajaan,tetapi kepada siapa?Jawapannya adalah perniagaan untuk golongon politik.Mereka ini mengambil kesempatan dengan slogan ini untuk membentangkan kertas cadangan dan mengambil kesempatan meneroka tanah hutan untuk diambil hasilnya atau tanah pertanian untuk dihakmilik.Tanah beratus hektar ditarah atas nama pertanian komersial tetapi sebenarnya tiada niat untuk mengusahakannya.Kerajaan seharusnya mensyaratkan mereka meletak deposit 50% dari cadangan kertas kerja bukannya hanya menerima surat perjanjian perkongsian,tetapi projek hancur setelah hasil hutan diambil atau geran tanah pertanian diterima.


Beberapa contoh projek pertanian gagal:


Limau madu di Trengganu-Kerajaan memperuntukkan beratus juta ringgit untuk memajukan ladang limau madu terbesar di Trengganu.Harapan kerajaan ialah agar dapat membantu golongan petani memperolehi pendapatan tambahan dari hasil limau madu.Apakah cerita disebaliknya?Jabatan Pertanian diarahkan untuk memajukannya,benih terbaik diimport terus dari Taiwan untuk tujuan penanaman.Ahli politik telah diberi peluang untuk menjadi peneraju sebagai pengimport benih.Benih tiba untuk dijual,tetapi pemeriksaan kurantin menunjukkan benih mempunyai virus merbahaya dan benih tidak dibenar masuk,tetapi atas keuntungan yang bakal diperolehi perkara tersebut dibawah tikarkan dan benih dibekalkan kepada semua petani.Duit berjuta bertukar tangan dan petani yang mendapat bala.Industri Limau madu terus tersungkur disebabkan serangan virus CITRUS GREEN dan ahli perniagaan tersebut kaya raya.Jika perlu kepastian PM boleh tanya bekas KP yang baru pencen.

TKPM(Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan)-Berlumba-lumba MB dan KM menyediakan kawasan untuk menggembirakan saranan PM.Ceritanya;Kerajaan Negeri memperuntukan kawasan baru beratus hektar terutama kawasan hutan supaya hasil hutan boleh dikeluarkan,proses dan kos pembukaan tanah yang tinggi dan kos penyediaan infrastuktur yang tinggi agar dengan kos yang tinggi ini mereka dapat memperolehi keuntungan berganda dan kerajaan terpaksa membayar tinggi kepada kroni-kroni(kontraktor) mereka.Inilah yang dinamakan Pertanian adalah Perniagaan.


Tanah tersebut dibahagikan kepada petani komersial,tetapi kurang mendapat sambutan disebabkan oleh kedudukan yang jauh dan kemudahan yang tidak menguntungkan serta melibatkan kos tinggi untuk beroperasi.


Beef Valley,Gemas-Kerajaan menyatakan projek ternakan terbesar di Malaysia,tetapi semunya auta sebab dari mula dah tahu projek susah nak jalan.Tanah penuh dengan pokok akasia ,projek bekas MB dan kini diambil alih oleh bekas menteri.Dua kali keluar duit beratus juta kat kawasan yang sama,kerajaan memang membazir.Tanam rumput 25 juta tapi rumput macam bulu hidung.Duit habis lembu kempis.PM datang rasmi pinjam lembu kat Kluang Johor.PM tertipu lagi.Orang Gemas kata , bagi diaorang sorang RM 500,000 ,tiap minggu PM boleh datang tengok 200 ekor lembu dan siap kandang dan padang ragut.

Projek jagung di NCER- Puas PM posing ambil gambar dengan jagung segar tetapi PM tak tahu jagung semalam tanam, hari ni dah berbuah , benih special dari Rembau.Duit buka tanah pun dah berjuta.Lain kali PM datang jangan bagitau ,buat je spot check macam gurubesar sekolah.

Kempen Bumi Hijau I(06) dan II (08) - Kempen PM macam Tun Razak memang bagus,tetapi pengurus kempen macam hampeh,bagi kit sayur (RM20) dan reban ayam (RM1000).Apa orang kampung buat ,campak je kit tu dalam tong sampah sebab nak makan pun tak cukup , baik beli sayur kat apek lori.Ayam kampung 20 ekor percuma, mati 10 ekor ;dah cukup besar sembelih lepas tu reban jadi stor barang lusuh atau terus jual kat india scrap.Habis duit kerajaan 30 juta dan PM letih tangan sebab banyak salam .

Apa salahnya ambil satu atau dua kumpulan belia setiap negeri,bagi duit Bumi Hijau RM30 juta tu buat projek blue-print seperti Betik(Pahang/Perak),Nenas (Johor),Mangga(Perlis),Belimbing(Selangor)Cili(Trenganu) dan sebagainya.Hasilnya nanti boleh dikongsi bersama atau dijual kepada pasaran jika berlebihan.

Contoh: Pengusaha(Belia) Pelabur(Belia&Orang Kampung) Pekerja :(Orang Kampung)Pengedar(Koperasi Orang kampung/Fama/PPK)-Untung : semua pun dapat

Terkini: Kempen Buku Hijau II (08)- Duit 15 juta lagi disediakan nak kasi perabih oleh pak menteri,konon nak promo kerajaan dan PM.Harap PM tak payah buang masa lagi sebab kit( RM 15/orang) tak dak nilai ,baik buat projek seperti yang disyorkan diatas.Yang untung dan kaya tetap pembekal kit .

Kesimpulan ; Pertanian Tradisional sebenarnya tidak mengharap banyak dari kerajaan,bantuan berupa barangan imput murah(tak perlu subsidi) dan sistem pemasaran yang cepat sudah memadai untuk kelangsungan hidup mereka.Mereka memerlukan panduan arah yang tetap dan tidak berubah walau apapun berlaku.Dasar kerajaan yang tidak tetap menyukarkan semua pihak.Dasar berbentuk blue print haruslah disediakan dan dikuat kuasakan,bukannya diubah sesuka hati.Contoh blue-print terbaik hampir dengan kita adalah dasar pertanian Thailand, dimana tak mengira sesiapa memerintah ;dekri diraja(blue print) tetap menjadi pedoman rakyat.Jurutera Blue Print Komoditi Malaysia adalah Tun Razak.

Ikhlas,

Semua saya

Petani ,Penternak & Kontraktor

Rembau NS

PERMINTAAN - MINTA KUAT KUASAKAN HUKUM SEBAT UNTUK PATI,SEMAK MATA MEMANDANG BUKAN SAJA DI SABAH BAHKAN SELURUH NEGARA.SEBAT ADA BANYAK KATEGORI; SEBAT ANAK,SEBAT MURID,SEBAT PENJARA(MAHKAMAH),PILIHLAH SATU .JANJI SEBAT DAN TAK BERANI MASUK TANPA IZIN.

Monday, June 16, 2008

Kad Subsidi vs Tunai

KOTA KINABALU 15 Jun – Kerajaan bercadang memperkemaskan pemberian subsidi minyak kepada rakyat pada masa depan dengan memperkenalkan kad subsidi petrol dan diesel untuk orang ramai yang layak menerima kemudahan itu.
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, cadangan yang masih dalam pertimbangan kerajaan itu, jika dilaksanakan, akan membolehkan rakyat menikmati subsidi minyak setiap bulan.-Utusan Malaysia 16/06/08

Tindakan kerajaan memang selalu tergesa-gesa,sudah terantuk baru tengadah.Dengan kesesakan teruk di pejabat pos pada hari pertama dan kedua, barulah kerajaan nak pertimbangkan kad subsidi untuk cara pembayaran akan datang.Mengapa sebelum tindakan pemberian tunai, tiada ahli kabinet memikir,menganalisis dan membuat pertimbangan yang bagus untuk memudahkan PM buat keputusan sebelum diistiharkan.Atau pemikiran mereka hanya menambahkan lagi tidak kepopularan kerajaan sekarang.

Kritik Kedai Kopi(3K) masih berpendirian ,jalan terbaik masih dengan pemberian kad subsidi dan penubuhan koperasi rakyat.Pemberian rebet tunai sudah pastinya akan habis pada pembelian bukan petrol, dalam masa 1 atau 2 hari,selepas itu rakyat yang sama akan menentang semula kerajaan dan meminta kerajaan menurunkan harga minyak.Dengan kad subsidi, rakyat tidak dapat mengarahkan pembelian kepada pembelian bukan petrol.

Cadangan semula untuk pemberian rebet subsidi haruslah ambil kepentingan keseluruhan rakyat dimana cadangan adalah seperti berikut:

Kereta
Isnin - Ahad : 20 km/hari(hantar anak sekolah,pasar @ klinik) @0.27/km x 20 km x 7h x 12b = RM 453.60
Sabtu - Ahad(1 x sebulan) : 300km (balik kampung/kenduri kahwin/jalan-jalan)@0.27/km x 300km x 1h x 12b = 972.00
Perayaan(2 x setahun) : 300 km/perayaan : (balik kampung)@0.27/km x 300km x 2/tahun = RM 162.00
Jumlah : 1587.60/tahun anggaran keperluan asas setiap pemandu kenderaan bermotor diMalaysia,
Terpulang kepada kerajaan untuk memberi subsidi penuh atau sebahagian mengikut kadar perbatuan atau kadar ringgit dan sen?

Bagi kenderaan motosikal,subsidi tanpa had seperti dinikmati oleh pengangkutan awam wajar diberikan.

Pemandu berurusan untuk tujuan selain perkara asas diatas membayar harga dipam,tetapi setiap pembelian beresit disimpan bagi tujuan pemotongan cukai pendapatan.Disyorkan cukai pendapatan individu dihapuskan.

Pengangkutan awam(bas harian/LRT/komuter) dimilik negarakan dan kerajaan sendiri menguruskan pengangkutan awam dimana rakyat mendapat faedah harga tambang murah tanpa had setiap hari untuk perjalanan ketempat kerja.

Sistem pra bayar diperkenalkan untuk membantu kerajaan menampung operasi kemudahan prasarana pengangkutan awam.
Keuntungan minimal sebanyak 20%(kerajaan)/80%(rakyat-dgn cara tambah lagi kemudahan awam) adalah disarankan.
Jangan dijadikan seperti syarikat GLC selama ini, dimana modal rakyat(Khazanah),ttp keuntungan untuk sekelompok kumpulan dan rakyat dinaikkan/ditekan dengan kenaikan caj.


from: Ajis.Kedai kopi Pekan Rembau.

Friday, June 6, 2008

Adakah Tindakan Kerajaan Bijak?

Pengumuman Kerajaan menaikkan harga minyak telah dikecam dan diberikan pelbagai pandangan oleh orang ramai dan juga diambil kesempatan oleh parti politik untuk menghentam kerajaan.PM telah ditekan tanpa diberikan buah fikiran sebenar untuk mengatasi perkara tersebut.

Pandangan Kritik Kedai Kopi (3K) sebelum ini sealiran dengan PM,dimana subsidi yang diumumkan adalah berpadanan dengan keperluan sebenar rakyat Malaysia.3K ingin mengulas beberapa perkara lagi agar dapat diperbaiki lagi.

Pengumuman PM :
PM seharusnya membuat pengumuman menyeluruh kerana pengumuman kenaikan harga minyak telah menyebabkan panik dikalangan rakyat dan diambil kesempatan oleh ahli politik, untuk bertindak sebagai pencetus ketidakstabilan negara.3K tidak menganggap PM tidak popular atau sebaliknya ttp PM harus ambil kesempatan dengan mengumumkan sekaligus jalan penyelesaian untuk mengurangkan beban rakyat.

Apakah masaalah sebenar rakyat?

Harga barangan meningkat.Seperti 3K saran sebelum ini, kerajaan harus bertindak sebagai pengedar barangan keperluan asas rakyat.Koperasi rakyat mesti ditubuhkan dan kerajaan menjadi perunding pembekalan (procument).Pembelian pertama dimodalkan oleh kerajaan dan rakyat kemudian berdaftar untuk membeli saham koperasi(andaian RM350 setiap isi rumah).Setiap pembelian kerajaan ,keuntungan 5-10% dibenarkan untuk kos pengurusan dan baki keuntungan boleh dikembalikan hujung tahun kepada rakyat.Rakyat tentu akan gembira dimana dapat barang dan duit sekali.

Rakyat sendiri memodalkan barangan keperluan asas mereka dan kerajaan mengedarkannya dipusat koperasi atau lebih cepat lagi dipasaraya besar (tesco,giant,carefour).Pasaraya besar lazimnya akan ambil untung 15%(minta mereka bayar tunai setelah setiap barangan habis dijual).Sediakan satu bahagian untuk jualan asas rakyat .Bahagian pentadbiran ini mestilah diurus bersama oleh KPDHEP dan Audit Negara.Tiada ahli politik dibenarkan mengisi jawatan dan setiap perbelanjaan diistiharkan oleh kerajaan 3 bulan sekali.

Senarai barangan asas adalah spt berikut :(5 orang isirumah/bulan)
Ayam Bersih(Berkepala, kaki, hati & hempedal 4 ekor
Daging Lembu(Tempatan) 2 kilo
Ikan Kembung Hitam/ Hijau(Tempatan) 16 kilo
Ikan Tongkol / Aya / Kayu(Tempatan) 4 kilo
Udang Kertas Putih(Kecil) 4 kilo
Ikan Selar Kuning (Tempatan) 16 kilo
Cili Merah/kering 2 kilo
Sawi/Kacang Panjang/Kobis Bulat (Tempatan) 4 kilo
Tembikai Merah(Tanpa biji) 4 biji
Telur Ayam Gred B 4 tray
Kelapa Biji 10 biji
Teh /kopi 2 bag besar
Sardin Cap "Ayam" 8 tin besar
Minyak masak 10 kg
Susu Isian Pekat Manis Cap F&N 10 tin
Gula 10 kg
Tepung 5 kg
Beras 10% hancur 15 kg

Barangan kering diatas tidak perlu dicari hanya terus berbincang dengan kilang dan bayar tunai kepada mereka,tandakan dengan plastik bungkusan KPDHEP supaya barangan subsidi tidak cuba diseludup keluar,dan untuk barang basah aktifkan pusat pengumpulan persatuan petani,penternak dan nelayan untuk membekalkan barangan kepada mereka.Kerajaan membeli lebih sedikit dari harga pasaran dan menjual semula lebih murah dari pasaran.(Sistem koperasi pertanian Korea).Sistem ini hanya melibatkan pengeluar-pengangkutan-pengedaran shj.

Rakyat boleh membeli barangan tersebut dengan menunjukkan kad ahli rebet/subsidi dikeluarkan oleh koperasi ,ditolak setiap pembelian dan dihadkan sebanyak RM300/RM500 sebulan.Semua warganegara layak ,dengan mengisi butir pengenalan isirumah semasa mendaftar di koperasi.Rakyat akan bijak berbelanja mengikut keperluan mereka dan pembelian luar keperluan,rakyat harus membeli dengan harga pasaran.

Golongan peniaga tidak diberi subsidi kerana kerajaan menggalakkan konsep makan dirumah, bawa bekal ketempat kerja dan sebagainya.Peniaga hanya diberi rebet cukai pendapatan perniagaan spt yang diumumkan oleh PM.Sistem Britain ,masak sendiri lebih murah dari makan diluar.

Pengumuman PM harus diperbaharui dimana,rebet tahunan minyak sepatutnya spt berikut:

Kenderaan 2000 cc - rebet 625.00 setahun : setuju
Kenderaan >2000 cc - diskaun 200.00/tahun : setuju,cukai alat ganti dinaikan.
Kenderaan <1000 cc - disyorkan rebet 1100.00 setahun, alasan kurang cemar, jimat tenaga,saiz kecil jadi kurangkan kesesakan,50% digunakan oleh golongan pendapatan rendah untuk aktiviti keluarga dihujung minggu.
Motosikal 250 cc/500cc - disyorkan subsidi penuh,pam minyak berasingan disediakan khas untuk motosikal.Ini menggalakkan rakyat guna kenderaan kecil dan kurang kesesakan.Cukai alat ganti dikurangkan atau dimansuhkan.
Motosikal > 500 cc - 50.oo diskaun cukai jalan : tidak perlu.

Pengagihan subsidi minyak :Kerajaan lebih mudah mengeluarkan kad rebet berbanding meminta POS Malaysia membuat bayaran semula, hanya menambahkan kerja dan beban POS Malaysia.Kad rebet dikeluarkan oleh JPJ atau POS Malaysia lebih baik ,kerana kerajaan tidak perlu guna duit pembendaharaan untuk bayar tunai kepada rakyat.Kerajaan beri kad rebet dan tahu setiap kenderaan subsidi ditolak terus dari anggaran perbelanjaan tahunan kerajaan.

Syarikat Pengangkutan Awam : Subsidi penuh disyorkan termasuk cukai alatganti dimansuhkan ttp syarikat pengangkutan mestilah tidak menaikkan harga tambang,kerajaan memantau tambang (Penumpang perlu membeli kad prabayar (lagi murah)untuk 1 bulan,jadi syarikat pengangkutan telah ada modal permulaan operasi.Harga tambang tanpa kad prabayar adalah harga tambang pasaran ttp tetap masih rendah).Begitu juga untuk bas ekspress dimana pembelian awal (2 bulan)tiket musim perayaan/cuti sekolah lebih murah berbanding harga semasa yang rendah.Sistem ini kini digunakan oleh AIR ASIA dan MAS.

Teksi- subsidi penuh hanya kepada model kenderaan tempatan sahaja termasuk dimansuhkan cukai alatganti .(WAJA/PERDANA/SAGA)

Syarikat Pengangkutan - Subsidi penuh dan mansuhkan @kurangkan cukai alatganti.

Elektrik & Air - rebet RM43.00 (setuju)dan RM12.00(disyorkan),rakyat perlu berjimat cermat.

Penternak/Nelayan/Petani - subsidi penuh keperluan asas tidak perlu ttp agensi PELADANG/NEKMAT(BERPUSAT) mesti digerakkan semula dimana kumpulan ini sendiri memodalkan koperasi dan membeli ,membungkus sendiri keperluan asas spt baja, racun dan sebagainya secara pukal dan terus dari kilang atau import sendiri apa yang terbaik bagi mereka.Cth dari China, India dimana harga baja,racun adalah murah tanpa ada orang tengah.Keuntungan 10-15% dibenarkan.Koperasi diletakkan bawah KEM.PERTANIAN dan Audit Negara.Petani akan membeli semula pada koperasi pada harga yang murah dan hujung tahun keuntungan koperasi boleh dikongsi semula oleh petani,nelayan dan penternak.Modal permulaan harus digerakkan oleh kerajaan.Penyertaan wajib ahli koperasi perlu untuk mendapat faedah.Kempen bumi hijau mesti ditingkatkan mengikut setiap daerah dan hasil lebihan boleh dijual kepada pasaran.Jangan libatkan ahli politikdalam pentadbiran .Sistem koperasi JEPUN.

Rebet minyak penuh diberikan selepas pendaratan hasil/pengeluaran hasil supaya ianya tidak disalahgunakan atau hasil dijual kenegara lain dan ianya berbentuk kad rebet.

Penjualan minyak untuk kenderaan asing :Langkah kerajaan untuk tarik larangan adalah tidak perlu kerana kerajaan boleh mensyaratkan stesen minyak untuk menyediakan 2 pam khusus petrol dimana radius 50 km(Johor Baharu), harga minyak RM5.00 dan sempadan Thailand ,RM 3.40.Jadi tiada ketirisan minyak keluar , kecuali penyeludupan ke Thailand harus diperketatkan lagi.

Perbelanjaan kerajaan:Kerajaan perlu buat satu-satu projek pada satu-satu masa kerana pengumuman drastik boleh menyebabkan kerajaan tidak popular dan diambil kesempatan oleh politikus untuk menghentam kerajaan.Pada rakyat semua ahli politik adalah sama dan tidak boleh dipercayai. Jika kerajaan lebih bersifat rakyat dan bukan pemerintah , rakyat akan lebih sayang dan kerajaan dapat bertahan lama. Sejarah sentiasa mengulangi peristiwa tersebut jadi ambillah ikhtibar.Contoh terbaru runtuhnya sistem beraja di NEPAL.

Jika kerajaan bertindak bijak,pasti ahli politik tidak dapat mengambil kesempatan mengadu domba rakyat dengan kerajaan dan Golongan peniaga tidak mengambil kesempatan menaik harga barang.

Kerajaan juga tidak perlu bersikap menekan negeri bukan bawah pentadbiran, ttp cuma beri 1/3 daripada budget negara dan umumkan , jadi rakyat tidak melihat kerajaan bermusuhan dan lebih baik daripada lawan.

RAKYAT KENYANG,TIDUR SELESA ADALAH RAKYAT YANG TIDAK DERHAKA.

Wassallam.

Wednesday, May 28, 2008

Forum Utusan Malaysia :pengagihan subsidi minyak dan barangan keperluan

Saya cadangkan setiap kereta disubsidi setiap bulan pada hari Isnin - Jumaat (15 km/hari),Sabtu /Ahad (100 km) dan hujung bulan (500 km),
Selain waktu itu beli minyak harga kaunter.Tiada subsidi untuk kereta 2.2L keatas ttp cukai jalan dikurangkan untuk 2.2L(takde langsung lagi bagus)- adil untuk pembeli kereta besar. Perkiraan ini adalah anggaran penggunaan asas setiap isirumah di Malaysia.
Duit subsidi 45 billion itu beli bas banyak-banyak dan operasi selang 10 minit untuk kemudahan awam , caj purata RM2.50(/hari/orang),Ini menggalakkan mengguna kemudahan awam.
Subsidi penuh untuk bas,taxi,lori & nelayan , pertanian dan semua kemudahan awam shj. Dengan ini mereka tak dapat menuntut kenaikan caj.Kenderaan persendirian dilarang masuk bandar waktu puncak.
Golongan Peniagaan , rebet cukai ditolak dari cukai koporat termasuk perbelanjaan minyak tahunan syarikat.
Kad rebet subsidi minyak boleh diberi semasa renewal road tax di JPJ.
Rebet penggunaan elektrik dan air pada subsidi berpatutan purata isi rumah dan selepas itu caj normal dikenakan
Subsidi keperluan asas tidak perlu ttp hidupkan semula konsep koperasi/takaful dimana semua keperluan asas dibekalkan oleh kerajaan dan setiap modal disumbangkan oleh rakyat.Kerajaaan bertindak sebagai pengedar,penyelaras dan pemantau harga . Cara ini boleh juga menghalang orang tengah dari menguasai pasaran.Sistem 3 peringkat harus diperkenalkan iaitu pengilang,kerajaan dan rakyat.Barangan bukan asas boleh diperolehi dipasaran terbuka.
Barangan spt gula , beras,tepung , susu,teh ,ikan, sayuran dan barangan terkawal lain haruslah diedarkan mengikut purata pendapatan isirumah atau purata bilangan isirumah.
Kad subsidi dikeluarkan seperti kad prabayar apabila rakyat membuat bayaran spt cukai pintu/tanah atau bil-bil utiliti.Dengan ini rakyat tidak berlengah lagi untuk bayar cukai kerana kad subsidi diedarkan semasa membayar cukai tahunan.Rakyat dapat subsidi , kerajaan terima cukai.
Untuk membantu Nelayan ,Penternak dan Petani,Kementerian Pertanian harus fokus dengan arah tuju produktiviti pertanian ,bukan hanya mengumumkan pelbagai projek tetapi tiada fokus.
Akhirnya semua tidak menjadi.Sila rujuk sistem pertanian Thailand dan Korea dimana petani mereka mempunyai fokus yang diatur oleh kerajaan.Petani Malaysia sering terkeliru dengan pelbagai projekyang diumumkan.
Rakyat Malaysia diharapkan dapat mengambil ikhtibar bahawa zaman bermewah telah berlalu dan kita telah kembali ke masa lampau dimana nilai wang adalah kecil dan kita perlu mengikut cara dahulu iaitu dengan BERJIMAT CERMAT.
Semoga prihatin kerajaan dapat dilaksanakan secepat mungkin.


post to Utusan Malaysia

Sunday, May 11, 2008

KERAJAAN VS KEDAI 2 RINGGIT

GLC edar barang makanan utama- berita harian 11/05/08

Saya gembira dengan pengumuman ini selaras dengan idea yang pernah saya syorkan didalam blog ini dan berharap ianya berlaku secepat mungkin. Saya berharap penyelaras hanyalah pada 2 peringkat sahaja , pembungkus dan peruncit dan setiap level keuntungan tidak lebih 15 % atau lagi kurang lagi bagus.

KERAJAAN HANYA KELUAR BELANJA PERTAMA UNTUK BELI BARANGAN , selepas itu rakyat akan memberi modal dengan menyimpan dalam koperasi/GLC tersebut. Pendaftaran isi keluarga boleh diadakan untuk kenalpasti subsidi perlu diberikan kepada setiap keluarga.Keuntungan KOPERASI/GLC TAHUNAN JUGA BOLEH DIKONGSI BERSAMA AHLI.Barang dapat , duit pun dapat.Sila rujuk konsep kad loyalty.Saya pasti ia akan berjaya dan kerajaan mampu sbb kerajaan banyak duit.Kaedah ini tergunapakai untuk keperluan asas shj.bukan untuk barangan mewah.

Peringatan : Audit luar mesti dijadikan sebagai pemeriksa akaun kerana telah terbukti setiap orang akan mengambil kesempatan dengan loop yang ada jika membabitkan kewangan yang banyak . Cth ; MENGAMBIL KOMISYEN DARI PEMBUNGKUS dan menambah harga dalam resit.Pengurus berAKHLAK, AMANAH dan JUJUR diutamakan dan tolong jangan pilih poli-TIKUS(hampeh)

Berkenaan minyak ,

Saya cadangkan setiap kereta disubsidi setiap bulan pada hari Isnin - Jumaat (15 km/hari),Sabtu /Ahad (100 km) dan hujung bulan (500 km), Selain waktu itu beli minyak harga kaunter.Tiada subsidi untuk kereta 2.2L keatas ttp cukai jalan dikurangkan untuk 2.2L(takde langsung lagi bagus)- adil untuk pembeli kereta besar. Perkiraan ini adalah anggaran penggunaan asas setiap isirumah di Malaysia.

Duit subsidi 45 billion itu beli bas banyak-banyak dan operasi selang 10 minit untuk kemudahan awam , charge flat RM2.50(hari),Subsidi penuh untuk bas,taxi,lori & nelayan , pertanian shj. Golongan Peniagaan , cukai ditolak dari cukai koporat termasuk dengan perbelanjaan minyak tahunan syarikat.Kad rebet subsidi boleh diberi semasa renewal road tax di JPJ.

Semoga prihatin kerajaan dapat dilaksanakan secepat mungkin.

FROM ; TOKEY LOYALTY CARD (ADA 5 CARD SEMUANYA)

Monday, May 5, 2008

HERALD VS MELAYU HAMPEH

Mahkamah benar permohonan Herald.


Sedih saya melihat tajuk berita.Orang Melayu sibuk dengan kemufakatan Melayu sehingga sanggup berseminar 3 hari ttp urusan mempertahankan agamanya dilupakan. Saya berharap PEJUANG ISLAM SEJATI dapat menjadi kepala untuk perjuangan ini.

Tidak pernah didengar di dunia permintaan nama Allah untuk diguna pakai dalam penyebaran agama kristian; dalam kitab Injil sendiri hanya ada istilah GOD.

Malaysia kini terlampau advance

Editor Herald, Father Lawrence Andrew yang kelihatan tersenyum selepas penghakiman tersebut dibaca, berkata: "Kita menanti keadilan. Kita akan tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya."(Malaysiakini 5/5/08)

Adakah disebabkan leka berpolitik kita lupa untuk mempertahankan agama suci Allah dan agama dipijak akibat kelemahan kita.Wassallam.

From: Perjuang ABIM Kuno