Sunday, April 6, 2008

GENDANG LAMA DIPALU LAGI

Pendapatan petani akan ditingkatkan
Oleh TOREK SULONG
PASIR PUTEH 5 April - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan petani daripada RM1,000 kepada RM2,900 sebulan sebagai satu usaha membasmi kemiskinan di kalangan mereka.
Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, semua agensi di bawah kementeriannya telah diarahkan untuk menggiatkan usaha mencapai sasaran itu terutamanya di kawasan Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER).
"Antaranya ialah projek-projek sawah integrasi di luar kawasan projek pengairan hendaklah diperbanyak dan diperkembangkan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai petani," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Projek Sawah Integrasi Tok Lunchai di sini hari ini.
Projek berkenaan diusahakan oleh 23 petani dengan tanaman tembikai membabitkan kawasan seluas 75 hektar.
Mustapa berkata, kejayaan petani di situ yang berjaya memperolehi pendapatan purata RM2,900 sebulan akan dijadikan contoh untuk diperluaskan ke kawasan lain di Kelantan.
Sementara itu, katanya, tanaman ubi kayu daripada spesies Seri Pontian akan dijadikan tanaman alternatif ketiga kepada tanaman tembakau selain ubi keledek dan kenaf di kawasan jelapang di Bachok, Pasir-Puteh, Besut dan Setiu di Terengganu.
Mustapa berkata, sebahagian besar kawasan berkenaan berpotensi diusahakan dengan tanaman ubi berkenaan yang dikenal pasti mempunyai tanah gambut dan berpasir.
Katanya, tanaman berkenaan mempunyai pasaran yang agak baik kerana kebanyakan pengilang di seluruh negara sedang menghadapi masalah kekurangan bekalan mentah itu.
"Ia termasuk sebuah kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Sepang, Selangor yang merupakan satu daripada kilang terbesar di negara ini yang mengusahakan kerepek ubi.
"Kilang itu telah mengadakan Perjanjian Persefahaman dengan Lembaga Tembakau Negara (LTN) untuk mendapatkan bekalan mentah sebanyak 150 metrik tan setahun dari Kelantan," katanya.
Mustapa berkata, pihaknya akan meminta pihak kilang itu membuka cawangan dan membina kilang di negeri ini bagi menjimatkan kos pengangkutan selain memberi faedah kepada lebih ramai petani untuk menanamnya.

KENAPA MENTERI MASIH NAK BUAT CERITA SAMA 50 TAHUN TU.
HARI NI 9/4/2008 JANJI DAN DIJAMIN 9/4/2012 HABUK PUN TARAK .

GENDANG KOSONG..DONG,DONG,DONG.......

No comments: