Kerajaan selalu sangat memberi penyelesaian berbentuk gula-gula dan ini adalah tidak bagus untuk jangka masa panjang pentadbiran kerajaan.Pendekatan berbentuk memberi joran adalah lebih baik daripada memberi duit untuk membeli ikan kerana duit habis ,ikan pun tiada.
PM harus sentiasa kritis kepada buah fikiran pemikir-pemikir disekelilingnya kerana pada hemat Kritik Kedai Kopi(3K),pemikiran negatif didahului untuk mendapat penyelesaian positif.Sistem pemikir yang baik adalah melihat sudut negatif terlebih dahulu dan mencari penyelesaian sehingga titik terakhir barulah pemikiran positif akan mendapat tempat sebagai jalan yang benar. Kebanyakkan pemikiran berbentuk ad-hoc selalu diterima pakai dan menjerat PM apabila ianya dipertikaikan umum sedangkan kemungkinan pemikiran tersebut adalah bukan buah fikiran PM tetapi juak-juak yang lembap akal.
RM500 juta atau 500,000,000 atau 500 dengan enam angka kosong adalah nilai yang sangat banyak. Pemberian bantuan tunai 500 juta kepada golongan pertanian sebenarnya dalah tidak perlu kerana kerajaan pada akhirnya tidak akan mendapat apa-apa hasil dan akhirnya tetap diperkatakan orang.
Pandangan 3K , PM harus mengistiharkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan 500 juta dalam bentuk KEDAI JIMAT dimana keperluan baja, racun, biji benih,anak ikan dan lain-lain imput boleh didapati dengan harga murah .Golongan Pertanian hanya perlu menjadi ahli kedai jimat dengan sedikat yuran dan mereka bebas membeli keperluan pertanian dengan harga murah.Modal RM 500 juta tadi akan sentiasa ada kerana setiap peserta membeli secara tunai dan Kedai Jimat dan peserta akan mendapat keuntungan bersama setelah keuntungan tahunan dikira.
Kerajaan mungkin berfikiran ,agensi kerajaan seperti FAMA,PPK telah lama menyediakan kemudahan seperti itu tetapi hakikatnya FAMA dan PPK adalah lebih teruk dari lintah darat kerana mereka bukannya membantu golongan pertanian tetapi menjadi barua-barua kepada kapitalis.Keuntungan atas angin adalah jalan mudah daripada membantu golongan pertanian.
PPK dengan sistem 10% nya apabila menggunakan PPK sebagai pintu masuk menyebabkan pembekal swasta menggunakannya sebagai kuda tunggangan sedangkan penubuhannya adalah membantu golongan pertanian mendapat input-input yang murah.PPK tidak menggunakan kelebihannya untuk mengimport,membungkus dan mengedar sendiri keperluan pertanian.Pentadbirnya bersengkokol dengan penjual dan hanya makan komisyen 10%.
Contoh:
Harga baja pasaran NPK green = RM205.00/25 kgs
PPK (10%) = (RM 20.50)
Peruncit = RM 184.50
Untung peruncit(30%) =(RM 55.35)
Pemborong = RM 129.15
Untung pemborong(15%) =(RM 19.37)
Pengilang = RM 109.78 - INI BARU HARGA PENGILANG MALAYSIA
Jika PPK import terus dari China atau India sudah tentu harganya lingkungan RM70.00/25 kgs dan jika dijual semula kepada petani dengan keuntungan pengilang Malaysia + 25% keuntungan termasuk kos pengangkutan maka harga baja tidak lebih RM 140.00 - RM 150.00/25kgs.
Malangnya PPK tidak mahu berusaha lebih dan lebih suka berniaga dengan kapitalis dan menindas golongan pertanian.
PPK sepatutnya dibaikpulih dengan melantik peneraju dari profesional peladangan seperti Guthrie atau Sime Darby dan bukan ahli politik yang hanya tahu terima elaun atau cari peluang untuk diri sendiri melalui projek PPK; disediakan blue print seperti petani diJepun dimana petani mereka dibantu untuk mengurangkan kos dengan bantuan koperasi pertanian.Perladangan swasta Malaysia tidak pernah menghadapi peningkatan harga imput disebabkan oleh kawalan harga imput dan mereka membuat pembelian secara pukal terus dari kilang atau import sendiri dari luar negara.
Dasar pertanian Negara mestilah jelas dengan satu matlamat selama-lamanya,seperti mana PM Tun Abdul Razak pernah lakukan dimana dasar komoditi negara bersandarkan getah dan kelapa sawit.Sekarang Malaysia memperolehi laba yang banyak dari dasar beliau.Ini hanya retorik kerajaan untuk meniru beliau seperti buku hijau, tetapi hanya menjadi bahan jenaka rakyat diatas tidak relevannya kerana tiada blue printnya dari mula tanaman hingga proses pemasarannya.
Kerajaan pernah menyatakan FAMA adalah agen pemasaran tetapi pernahkah PM melihat secara menyeluruh apa yang dibuat oleh FAMA? FAMA sepatutnya lebih kuat dari yang ada sekarang,tetapi FAMA lemah ditekan oleh pasaran terbuka.Di Jepun harga koperasi pertanian(seakan FAMA) menjadi tanda aras harga harian tetapi FAMA menggunakan harga pasaran terbuka untuk menekan harga petani.
FAMA sepatutnya menjadi pembekal pasar tani yang ia tubuhkan bukannya hanya membuka pasar tani tetapi imput jualan diambil dari pasaran terbuka seperti pasar borong .Dengan ini harapan petani untuk mendapat harga yang lebih baik tiada.Di Jepun , koperasi pertanian membeli harga tinggi 10% daripada peraih swasta dan menjual 10% lebih murah dari harga pasaran.Koperasi pertanian Jepun menjadi pengedar hasil tanaman dan keuntungan pengedaran dinikmati oleh koperasi dan petani secara bersama setiap tahun.Sistem ini juga terguna pakai di Korea.
Pertanian adalah Perniagaan-slogan kerajaan,tetapi kepada siapa?Jawapannya adalah perniagaan untuk golongon politik.Mereka ini mengambil kesempatan dengan slogan ini untuk membentangkan kertas cadangan dan mengambil kesempatan meneroka tanah hutan untuk diambil hasilnya atau tanah pertanian untuk dihakmilik.Tanah beratus hektar ditarah atas nama pertanian komersial tetapi sebenarnya tiada niat untuk mengusahakannya.Kerajaan seharusnya mensyaratkan mereka meletak deposit 50% dari cadangan kertas kerja bukannya hanya menerima surat perjanjian perkongsian,tetapi projek hancur setelah hasil hutan diambil atau geran tanah pertanian diterima.
Beberapa contoh projek pertanian gagal:
Limau madu di Trengganu-Kerajaan memperuntukkan beratus juta ringgit untuk memajukan ladang limau madu terbesar di Trengganu.Harapan kerajaan ialah agar dapat membantu golongan petani memperolehi pendapatan tambahan dari hasil limau madu.Apakah cerita disebaliknya?Jabatan Pertanian diarahkan untuk memajukannya,benih terbaik diimport terus dari Taiwan untuk tujuan penanaman.Ahli politik telah diberi peluang untuk menjadi peneraju sebagai pengimport benih.Benih tiba untuk dijual,tetapi pemeriksaan kurantin menunjukkan benih mempunyai virus merbahaya dan benih tidak dibenar masuk,tetapi atas keuntungan yang bakal diperolehi perkara tersebut dibawah tikarkan dan benih dibekalkan kepada semua petani.Duit berjuta bertukar tangan dan petani yang mendapat bala.Industri Limau madu terus tersungkur disebabkan serangan virus CITRUS GREEN dan ahli perniagaan tersebut kaya raya.Jika perlu kepastian PM boleh tanya bekas KP yang baru pencen.
TKPM(Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan)-Berlumba-lumba MB dan KM menyediakan kawasan untuk menggembirakan saranan PM.Ceritanya;Kerajaan Negeri memperuntukan kawasan baru beratus hektar terutama kawasan hutan supaya hasil hutan boleh dikeluarkan,proses dan kos pembukaan tanah yang tinggi dan kos penyediaan infrastuktur yang tinggi agar dengan kos yang tinggi ini mereka dapat memperolehi keuntungan berganda dan kerajaan terpaksa membayar tinggi kepada kroni-kroni(kontraktor) mereka.Inilah yang dinamakan Pertanian adalah Perniagaan.
Tanah tersebut dibahagikan kepada petani komersial,tetapi kurang mendapat sambutan disebabkan oleh kedudukan yang jauh dan kemudahan yang tidak menguntungkan serta melibatkan kos tinggi untuk beroperasi.
Beef Valley,Gemas-Kerajaan menyatakan projek ternakan terbesar di Malaysia,tetapi semunya auta sebab dari mula dah tahu projek susah nak jalan.Tanah penuh dengan pokok akasia ,projek bekas MB dan kini diambil alih oleh bekas menteri.Dua kali keluar duit beratus juta kat kawasan yang sama,kerajaan memang membazir.Tanam rumput 25 juta tapi rumput macam bulu hidung.Duit habis lembu kempis.PM datang rasmi pinjam lembu kat Kluang Johor.PM tertipu lagi.Orang Gemas kata , bagi diaorang sorang RM 500,000 ,tiap minggu PM boleh datang tengok 200 ekor lembu dan siap kandang dan padang ragut.
Projek jagung di NCER- Puas PM posing ambil gambar dengan jagung segar tetapi PM tak tahu jagung semalam tanam, hari ni dah berbuah , benih special dari Rembau.Duit buka tanah pun dah berjuta.Lain kali PM datang jangan bagitau ,buat je spot check macam gurubesar sekolah.
Kempen Bumi Hijau I(06) dan II (08) - Kempen PM macam Tun Razak memang bagus,tetapi pengurus kempen macam hampeh,bagi kit sayur (RM20) dan reban ayam (RM1000).Apa orang kampung buat ,campak je kit tu dalam tong sampah sebab nak makan pun tak cukup , baik beli sayur kat apek lori.Ayam kampung 20 ekor percuma, mati 10 ekor ;dah cukup besar sembelih lepas tu reban jadi stor barang lusuh atau terus jual kat india scrap.Habis duit kerajaan 30 juta dan PM letih tangan sebab banyak salam .
Apa salahnya ambil satu atau dua kumpulan belia setiap negeri,bagi duit Bumi Hijau RM30 juta tu buat projek blue-print seperti Betik(Pahang/Perak),Nenas (Johor),Mangga(Perlis),Belimbing(Selangor)Cili(Trenganu) dan sebagainya.Hasilnya nanti boleh dikongsi bersama atau dijual kepada pasaran jika berlebihan.
Contoh: Pengusaha(Belia) Pelabur(Belia&Orang Kampung) Pekerja :(Orang Kampung)Pengedar(Koperasi Orang kampung/Fama/PPK)-Untung : semua pun dapat
Terkini: Kempen Buku Hijau II (08)- Duit 15 juta lagi disediakan nak kasi perabih oleh pak menteri,konon nak promo kerajaan dan PM.Harap PM tak payah buang masa lagi sebab kit( RM 15/orang) tak dak nilai ,baik buat projek seperti yang disyorkan diatas.Yang untung dan kaya tetap pembekal kit .
Kesimpulan ; Pertanian Tradisional sebenarnya tidak mengharap banyak dari kerajaan,bantuan berupa barangan imput murah(tak perlu subsidi) dan sistem pemasaran yang cepat sudah memadai untuk kelangsungan hidup mereka.Mereka memerlukan panduan arah yang tetap dan tidak berubah walau apapun berlaku.Dasar kerajaan yang tidak tetap menyukarkan semua pihak.Dasar berbentuk blue print haruslah disediakan dan dikuat kuasakan,bukannya diubah sesuka hati.Contoh blue-print terbaik hampir dengan kita adalah dasar pertanian Thailand, dimana tak mengira sesiapa memerintah ;dekri diraja(blue print) tetap menjadi pedoman rakyat.Jurutera Blue Print Komoditi Malaysia adalah Tun Razak.
Ikhlas,
Semua saya
Petani ,Penternak & Kontraktor
Rembau NS
PERMINTAAN - MINTA KUAT KUASAKAN HUKUM SEBAT UNTUK PATI,SEMAK MATA MEMANDANG BUKAN SAJA DI SABAH BAHKAN SELURUH NEGARA.SEBAT ADA BANYAK KATEGORI; SEBAT ANAK,SEBAT MURID,SEBAT PENJARA(MAHKAMAH),PILIHLAH SATU .JANJI SEBAT DAN TAK BERANI MASUK TANPA IZIN.