Sunday, August 31, 2008

51 Tahun Merdeka dan Integrasi Kaum

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA.

Tepat detik 12 malam sebentar tadi KAMI menjerit melaung slogan keramat itu sebanyak tiga kali.Setiap wajah di Dataran Merdeka gembira menyambut ketibaannya setiap tahun.Melayu , Cina , India dan pelbagai bangsa bersama meraikannya.Pemimpin-pemimpin juga berseri diwajah mereka,merasakan mereka telah berjaya mempertahankan kebebasan setiap rakyat Malaysia untuk ke sekian 51 tahun.'Rakyat Malaysia ,rakyat majmuk'kata mereka.TIADA TEMPAT LAIN DIDUNIA INI SEMAJMUK MALAYSIA.

Itulah aliran arus dipermukaan, sedangkan apa sebenarnya berlaku didasar amat menakutkan.Politik Malaysia berada didalam kepura-puraaan.Pelbagai perkara yang mengelirukan,syak wasangka,pengkhianatan,pembelotan dan perebutan kuasa menyebabkan rakyat hidup dengan syak-wasangka sedangkan 51 tahun telah berlalu.

Permainan politik akhir ini ,mengakibatkan berlaku ketidak-tentuan.Melayu berprasangka kepada Cina,India berprasangka kepada Melayu.Perkara ini sebenarnya disedari oleh semua pemimpin , baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat tetapi atas perebutan kuasa ,ianya menjadi kunci bagi menguasai rakyat.

Kami,anak-anak Malaysia selepas Merdeka sebenarnya sudah tidak peduli lagi terhadap asal-usul kami.Melayu Proto,Cina Pendatang atau India Pendatang sudah tidak ada dalam kamus asal usul kami.Bagi KAMI , MALAYSIA adalah TANAHAIR.KAMI SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

Pemimpin selalu mengimpikan BANGSA MALAYSIA ,tetapi mereka kembali kepada kelompok mereka dan menjadi jaguh kepada kaum mereka.Pemimpin menyelamatkan kuasa mereka dengan memperjudikan masa depan golongan seperti kami , BANGSA MALAYSIA.

Erti BANGSA MALAYSIA bagi kami adalah keadaan bertoleransi diantara semua kaum untuk kesejahteraan tanpa mengira ras-ras kami.BANGSA MALAYSIA boleh dicapai dengan melakukan perubahan kepada dasar asas kami iaitu sistem pendidikan .Pendidikan negara harus dirombak pada sistem yang baru ,dimana tiada lagi had batasan untuk menuntut ilmu.

Kaum Melayu; paling mundur ,tidak tahu ekonomi,malas,petani dan sebagainya.
Kaum Cina : pandai ekonomi,suka tipu orang, rajin ,tokey dan pelbagai lagi
Kaum India: Malas, gangsterisme,kaki botol dan lain-lain

Itulah yang dicanang selama 51 tahun diantara kaum bagi menyekat daripada pemimpin kehilangan kuasa, sedangkan jalan keluar tidak pernah ditunjukkan.

Pendidikan dan pembelajaran bagi kami, sebenarnya akan mewujudkan BANGSA MALAYSIA.Pendidikan harus berteras ILMU dan KEMAHIRAN.

Pendidikan ILMU bermula dari BAHASA.Nasionalis Melayu dengan Bahasa Kebangsaan,Nasionalis Cina dengan Bahasa Cinanya dan begitu juga kaum India dengan Tamil nya.Setiap Nasionalis mempertahankan hak-hak mereka.

Kami, BANGSA MALAYSIA tidak memerlukan nasionalis ini kerana bagi KAMI,semua bahasa adalah perlu.Bahasa Melayu difahami oleh SEMUA,MELAYU memerlukan MANDARIN dan TAMIL,CINA memerlukan BAHASA MELAYU dan TAMIL dan INDIA memerlukan MANDARIN dan BAHASA MELAYU.KAMI memerlukan sistem pendidikan yang menawarkan semua bahasa agar KAMI dapat hidup tanpa berprasangka lagi dan dapat memahami konsep masyarakat majmuk yang PEMIMPIN KAMI inginkan.Bagi KAMI melangkah lebih jauh BAHASA INGGERIS haruslah menjadi bahasa Antarabangsa KAMI.

Dengan adanya BAHASA INGGERIS tidak perlulah nasionalis kami beradu siapa yang lebih NASIONALISMA .BAHASA INGGERIS akan menjadi bahasa ilmu KAMI.

Sistem Pendidikan mestilah mempunyai Bahasa Malaysia (Utama),Bahasa INGGERIS (Kedua) danMandarin/Tamil(pilihan wajib) .Dengan ini KAMI tidak perlu lagi mendengar NASIONALI S KAMI menjadi jaguh kaum.

Setelah KAMI mengusai bahasa,KEMAHIRAN adalah keinginan KAMI.

RemajaMelayu: Rempit,Dadah , melepak
Remaja Cina : Estacy,Disko,DVD Haram,Judi dan Ah Long
Remaja India: Mencuri, kaki pukul dan kaki botol.

Itulah kata pemimpin menyalahkan KAMI ,sedangkan KAMI memilih mereka untuk menjaga keperluan KAMI.

Sistem Pendidikan yang berteraskan Kemahiran adalah keinginan KAMI.

Pendidikan yang bercirikan peperiksaan pada KAMI adalah palsu belaka,KAMI mengingati tetapi tidak memahami , Pendidik KAMI menipu kami dengan menurunkan peratusan markah KAMI untuk menjaga air muka mereka.KAMI lahir dari punca yang palsu.Biarlah KAMI diberi nilaian sebenar tanpa rasa bangga yang pura-pura.

KAMI yang bijak akan terus menyambung ilmu tetapi jika KAMI sebaliknya , haruslah diberi KEMAHIRAN yang boleh dipergunakan tanpa menjadi beban kepada masyarakat dan pemimpin KAMI.
Pendidikan KEMAHIRAN akan membantu kami menghadapi cabaran dunia sebenar.

Kepada PEMIMPIN KAMI,KAMI tidak lagi memandang asal usul tetapi KAMI menilai PEMIMPIN yang dapat melahirkan BANGSA MALAYSIA YANG TOLERANSI dan tidak hanya menjadi PEMIMPIN untuk satu-satu kaum sahaja.

KAMI tidak ingin melihat kepupusan PEMIMPIN ERA MERDEKA disebabkan oleh kesilapan mereka sendiri.

Jangan KAMI sentiasa dipersalahkan kerana KAMI ingin menjadi BANGSA MALAYSIA YANG MAJMUK

No comments: