Sunday, March 15, 2009

PPSMI/PERAK vs MELAYU,CINA INDIA

DSAI tolong hentikan bantahan oleh PR dan VETERAN sasterawan untuk PPSMI demi masa depan anak Melayu yang lain.Kami tidak mampu menghantar anak untuk ke kelas tiusyen BI seperti anak-anak orang kaya;maka ketinggalan anak kami disebabkan oleh kemiskinan kami.Walaupun saya tidak suka Dr Mahathir tetapi apabila dia memperkenalkan PPSMI, saya dapat melihat cahaya terang dalam kehidupan anak-anak, saya tahu agenda tersembunyi Dr Mahathir iaitu dia tidak mahu berlaku kekecohan dari golongan sasterawan jika dia mengistiharkan BI sebagai bahasa Kedua Malaysia maka itu cara lain agar anak bangsa mempelajari BI hanyalah dengan PPSMI.(sila baca komen dalam CHE DET BLOG)

Saya bangga anak saya kini boleh bertutur dalam BI,dan begitu juga saya rasakan pada ibubapa yang lain yang mungkin tidak tahu sepatah haram BI tetapi anak mereka dapat melakukannya.

Saya juga sedih atas apa yang berlaku pada PR dimana saya sangat menyokong kuat, tetapi apabila berlaku kekecohan di PERAK saya tidak nampak dimana keteguhan PR itu sendiri, yang cuma saya nampak hanya kebodohan orang melayu disebabkan mabuk kuasa.BN memang zalim tetapi saya rasa orang Melayu lebih dizalimi kerana GILA KUASA MELAYU UMNO,TUKANG BELASAH ORANG ;POLIS MELAYU/FRU MELAYU dan yang KENA BELASAH MELAYU PR.Setiap perhimpunan DEMO 95% MELAYU dan 5% CINA/INDIA.

Mana perginya CINA,INDIA dalam PR yang betul-betul menyatakan sokongan selama ini dan apa jawapan mereka, "BAIK JAGA PERIUK NASI SENDIRI sebab EKONOMI TAK BAGUS, PERUT MESTI ISI ,itu polotik punya hal kasi MELAYU handle"

ITULAH SEBENAR WAJAH POLITIK MALAYSIA

Tok KENALI MALAYSIA

No comments: