Sunday, July 11, 2010

Najib dengan Piala Dunia 2010 Part 1

Najib jual perlawanan

Semua terbaca dalam akhbar dan media alternatif tentang seruan DS Najib kapada ahli-ahli UMNO untuk melakukan serangan balas terhadap parti-parti pembangkang kerana menyerang kita dengan bertubi-tubi. Beliau membuat seruan itu semasa berucap meresmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh baru-baru ini. Beliau meminta ahli-ahli UMNO untuk menonton perlawanan bola sepak piala dunia dalam kontek politik….jangan berkumpul didepan gol sahaja untuk mempertahankan kubu kerana ia boleh dibolosi pada bila-bila masa sahaja. Jika kita hanya mengambil sikap ‘defensive’ sahaja kita tidak ada peluang untuk berjaya menyumbat gol.

DS Najib meminta kita melakukan ‘counter attack’ untuk mencari gol kemenangan atau dalam politik kita untuk mendapatkan kemenangan mengambil hati rakyat. Anoloji yang dipaparkan oleh PM itu ada benarnya dan kita boleh melakukan ‘counter attack’ itu dan ada kemungkinan boleh membawa jaringan gol untuk pihak kita. Tetapi persoalannya, kita mempunyai pasukkan yang tidak mampu untuk melakukan ‘counter attack’ itu kerana barisan hadapan kita tidak mempunyai kekuatan mental untuk bermain sehingga tamat. Barisan hadapan pasukkan kita kalau pun mampu selalu menjual permainan kepada pihak lawan kerana bayarannya terlalu besar untuk ditolak. Rasuah bola sepak adalah perkara yang sangat biasa dan kepada ‘team’ kita yang berimejkan rasuah maka ianya begitu mudah untuk terperangkap dengan isu itu. Saya juga peminat bola walaupun saya tidak pandai untuk bermain. Saya tidak mampu untuk diletakkan dalam posisi ‘right inside’ dalam permainan bola. Itu sebabnya saya memilih untuk mengambil posisi ‘right outside’ (luar padang) dan itulah posisi yang paling seronok sekali kita ambil kerana dalam posisi itu boleh mengata pemain itu tak betul dan pemain ini tak betul dan sebagainya. Berbalik kepada cadangan Najib tadi, sebenarnya 'team' kita tidak kuat. Buat masa ini ‘team’ kita hanya mampu untuk bertahan sahaja. Itu pun kita sedang menghadapi risiko untuk dibolosi pada bila-bila masa sahaja. Kalu kita naik keatas untuk menyerang, maka mudah sahaja pihak lawan akan menumbat banyak gol kedalam ruang gol kita. 'Dikalangan pemain 'forward' kita itu pun, ramai yang tidak ada perasaan sayang kepada 'team' dan negara yang mereka wakili.

Apabila kita mempunyai pemain yang tidak bersemangat kental maka pemain-pemain kita telah menjual ‘game’ untuk mendapatkan wang ringgit yang banyak. Mereka selama ini bersusah payah untuk menjadi pemain negara kerana nak jual ‘game’ dan boleh cari makan. Sama ada penonton suka atau tidak mereka tidak peduli. Yang penting mereka dapat ‘fulus’ yang banyak. Masalahnya dalam ‘team’ kita, ketua pasukkan itu dikhuatiri boleh dibeli dengan wang. Itu sebabnya penonton telah ramai yang menyokong team lawan kerana sikap dan perangai dan nilai pemain-pemain kita sendiri. Saya ingin menekankan kepada Najib bahawa semua pemain-pemain dalam team yang beliau ketuai ini, menjual ‘game’ dan penonton-penonton nampak semuanya itu. Jadi kalau ketuanya mencari makan dan semua pemain dalam ‘team’ itu juga mencari makan seperti yang dipercayai oleh ramai penonton, maka akhirnya penonton-penonton akan memberikan tepukkan dan sokongan kepada pasukkan lawan, kerana pasukkan lawan lebih serius bermain bola tersebut. Apabila pemain-pemain pasukkan tidak mempunyai semangat yang kental bermain untuk negara, maka mereka mudah untuk menjual ‘game’ tersebut untuk kepentingan diri masing-masing dengan mengisi saku masing-masing. Dalam posting-posting yang lepas saya telah menekankan yang kita memerlukan ‘team’ yang baru dan ‘fresh’ untuk menghadapi ‘team’ lawan yang semakin hari semakin mendapat sokongan dari penonton-penonton. Selama ini penonton-penonton kecewa kerana mereka selalu terserempak dengan pemain-pemain yang sedang membuat perundingan untuk menjual ‘game’ dengan harga yang mahal-mahal. Ramai penonton-penonton telah memihak kepada ‘team’ lawan atau pun tidak lagi mahu menonton permainan kerana tidak mahu membazirkan wang membeli tiket perlawanan yang tidak bersih itu. Sekarang, kita fikir-fikirkanlah bagaimana nak cari ‘team’ yang baru untuk mewakili kita. ‘Team’ yang sekarang sudah terlalu kenyang dan mereka tidak mempunyai ‘stamina’ yang kuat untuk bermain dan untuk menangkis sogokkan rasuah yang begitu besar kepada ‘team’ yang sanggup menjual permainan ini. Penonton sudah letih bertepuk dan bersorak bagi pihak ‘team’ kita tetapi pemain-pemain kita menggunakan sokongan kita itu untuk menjual permainan dengan harga yang tinggi untuk membuat simpanan dalam bank-bank dimerata tempat dalam dunia ini.

Lagi pun pemain-pemain handalan kita mempunyai isteri-isteri yang 'glamorous' untuk membeli belah digedung-gedung membeli belah diLondon, Paris dan New York. Mereka terpaksa menjual permainan (rasuah) untuk memenuhi keinginan isteri-isteri yang mabuk 'shopping' itu. Penonton sudah tidak mahu lagi dijadikan sebagai kerbau yang disuruh membajak sawah setiap hari sedangkan hasilnya dibaham oleh tikus-tikus gemuk didalam kepuk padi kita.

No comments: