Saturday, December 20, 2008

IJN BUAT RAKYAT SAKIT JANTUNG

Penswastaan IJN merupakan jalan mudah untuk mengaut keuntungan dengan daripada kepayahan rakyat.Kerajaan hanya berdolak dalik untuk menghalalkan cara,

Apakah sebenarnya yang berlaku?Kerajaan menyatakan kebajikan kakitangan IJN akan diperbaiki dan dapat mengurangkan pengaliran keluar kepakaran.Sime Darby menyatakan perkhidmatan akan bertaraf profesional dan pelaburan 1 bilion akan disuntik untuk menaik taraf kemudahan IJN.

Apa yang KITA TAK TAHU ATAU BUAT TAK TAHU...
Sektor Kesihatan adalah perniagaan yang menguntungkan.KPJ,PANTAI,SUNWAY adalah hospital swasta yang berteras keuntungan.Pelaburan atau penyediaan satu kemudahan kesihatan yang bertaraf profesional adalah sangat tinggi.Pelaburan 5-10 Billion tidak mustahil untuk hospital matang setaraf IJN.Pelaburan berisiko ini tidak sesuai bagi menghadapi kegawatan 2009/2010

Sime Darby merancang dan berharap kerajaan akan memberi pengurusan 51% supaya mereka tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk menyediakan prasarana, HANYA DENGAN BERJANJI (TETAPI SELALU BOLEH CULAS)PELABURAN 1 BILLION ,SIME DARBY akan memiliki IJN.Taktik ini penting bagi menghadapi kegawatan ekonomi yang dijangka pada 2009/2010.Jika gawat benar terjadi SIME DARBY dapat menangguhkan pelaburan 1 Billion atas alasan kegawatan tetapi IJN telah menjadi milik SIME DARBY

Adakah kerajaan sudah bangkrap kerana tidak dapat menyediakan 1 billion untuk menaiktaraf kemudahan IJN sehingga terpaksa menswastakan IJN.JAWAPAN INI HANYA BOLEH DIJAWAP OLEH CUKONG-CUKONG SIME DARBY DAN AHLI POLITIK kerana mereka berharap mendapat sedikit tempias jika penswataan ini berjaya.

Rakyat biasa pasti akan tertindas kerana penswstaan hanya menambah keuntungan syarikat dan pasti perkhidmatan di IJN akan memerlukan kos yang tinggi.RAKYAT memerlukan perlindungan kerajaan kerana RAKYAT yang memilih KERAJAAN,jangan RAKYAT hanya diperlukan semasa memilih WAKIL RAKYAT sahaja.

From:IJNS(INAS JOHOL N.SEMBILAN)

Thursday, October 23, 2008

Sedihnya Malaysia Tanahair Ku

50,000 pekerja kontrak kerajaan mungkin diberhenti,alasan kekangan kewangan kerajaan-CUEPACS.

Tajuk berita 24/10/08 ini betul-betul menghiris jiwa aku sebagai rakyat Malaysia.Setelah lebih 50 tahun MERDEKA ,rakyat Malaysia masih lagi tidak nampak dimana sebenarnya kedudukan kita RAKYAT dimata PEMERINTAH.
Didalam negara yang serba makmur ini, kita rakyat Malaysia diperbodohkan dengan perkara yang tidak masuk akal.Kegawatan ekonomi,ekonomi merundum , inflasi tinggi dan pelbagai lagi kata muslihat ekonomi negatif dimomokkan kepada RAKYAT.

Aku tidak nampak dimana sebenarnya kemiskinan rakyat Malaysia kerana dimana saja dipijak dan mana bumi diduduki semuanya memberi hasil kepada PEMERINTAH.Tanah,pasir, ladang ,minyak dan banyak lagi hasil mahsul bumi ini memberi hasil TETAPI kenapa masih mengatakan kita ini sebagai miskin,sedangkan hasil melimpah ruah.Jawapannya adalah kerana kita dipimpin oleh pencuri, lanun dan bapak perompak.Mereka mencuri dan merompak atas kebenaran kita sendiri sebagai rakyat setiap 5 tahun sekali.Kita menghalalkan mereka atas alasan mereka layak untuk memimpin menjadi perompak profesional.Mereka tidak boleh kita salahkan kerana mereka hanya menerima pencalonan dari RAKYAT MALAYSIA; maka jadinya yang bebal adalah kita rakyat MALAYSIA.

Kini MEREKA mentadbir MALAYSIA seperti syarikat bapak MEREKA ,dengan restu dan mandat RAKYAT MALAYSIA.Pengganti diniagakan ,pembida tertinggi dialah KETUA PEROMPAK dan ditunjukkan untuk direstui seperti MALAYSIA ini mereka yang punya.Semua hasil rompakan diberi sesama mereka tanpa rasa bersalah dan berdosa walaupun mereka tahu 1 HARI di NERAKA bersamaan 70 TAHUN di DUNIA.
RAKYAT MALAYSIA yang bebal semuanya hanyalah cuma mengeluh dan memandang hampa tetapi tidak bertindak.

Penguasa,pemimpin masyarakat ,alim ulama,guru-guru,ahli koporat ,penoreh getah,nelayan,peminta sedekah dan semuanya hanya tahu merintih pada angin, mengadu malang nasib tetapi mereka lupa yang merekalah sebenarnya RAJA dan PEROMPAK yang dipilih sebenarnya cuma PENCACAI PENGANGKAT NAJIS

rintihan dari: Bakal Penganggur.

Monday, September 8, 2008

WARKAH UNTUK MELAYU,CINA DAN INDIA

Masih sibuk lagi tuntutan untuk meminta maaf diajukan antara parti politik Malaysia.Pemerintah dan Pembangkang sama-sama menambahkan api dalam meraih simpati kaum masing-masing mencari Sang Jaguh.

Apa perlu kita terbabit sama dengan permainan ini?Jawapannya rakyat Malaysia mesti menjauhi perosak-perosak ini.Kita harus mengasingkan diri kita semua daripada ancaman politik bodoh ini sebab kita semua adalah TUAN-TUAN kepada mereka dan politikus ini sebenarmya adalah HAMBA SAHAYA kita.

Melayu,Cina dan India ,sebenarnya kita telah terpesong dari tujuan memilih wakil,politikus telah mengadu domba kita rakyat MALAYSIA dengan menjadikan kita sebagai ABDI untuk kelangsungan kekuasaan mereka.Kita mesti memperbetulkan ia dari sekarang agar kita rakyat MALAYSIA dapat memperolehi nikmat yang sepatutnya.

MELAYU ;

Jangan kamu dengari lagi kata-kata Ketuanan Melayu ,sebab kamu sememangnya telah menjadi TUAN di MALAYSIA ini,Projek-projek kerajaan yang kamu jalankan telah kamu serah/kongsikan dengan rakan Cina,bukankah ini menunjukkan MELAYU sebagai TUAN?
Lesen-lesen perniagaan,permit dan hartanah telah kamu kongsi/serahkan kepada rakan Cina untuk diusahakan dan MELAYU menerima LABA nya sahaja.Bukankah ini menunjukkan MELAYU itu TUAN.

CINA;

Jangan kamu dengari lagi kata-kata Pendatang CINA sebab itu nenek moyang kamu,CINA sekarang adalah rakyat MALAYSIA.Jika pemimpin mengatakannya biarkanlah sahaja, jangan terpengaruh lagi kerana meraka hanya ingin memecahkan kita semua.Ekonomi telah kamu kuasai dan rakan MELAYU telah banyak membantu .

INDIA;

Jangan kamu dengari lagi kamu golongan KELAS TIGA,kerana itu hanya momokan pemimpin kamu untuk menyekat kebangkitan kamu.Mereka rela kamu dihimpit penderitaan asalkan mereka beroleh kesenangan.Bangunlah bersama MELAYU dan CINA mengujudkan negara MALAYSIA yang SAKSAMA,tanpa Prasangka antara sesama KITA.

From : Sungai Siput with love

KEADILAN UNTUK SEMUA

Pakatan RAKYAT yang menanti MASA….

RPK menyatakan dalam blognya mengenai sangsinya dia bahawa DSAI dapat menguasai Parlimen tanggal 16 September.Episod 13 May 1969 mungkin berulang disebabkan kehilangan kuasa MELAYU dalam pemerintahan negara.Sayugia itu pada pendapat saya apa perlunya MP Melayu yang tidak sanggup berjuang bersama rakyat bagi mempertahankan maruah ISLAM dan bangsanya sendiri yang telah ditindas selama 51 tahun.Tanggungjawab MP adalah berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira keturunan disebabkan kita yang meletakkan MP ditempat mereka sekarang.

Pada tahun mendatang ini kita harus memperjuangkan kesamarataan tanpa mengira kaum sambil itu menghormati agama dan kebudayaan semua kaum.

Orang Melayu ditakrifkan sebagai mundur dan memerlukan tongkat@subsidi,tetapi siapakah Melayu yang maju? MP Melayu yang yang sebenarnya menghalang kemajuan orang Melayu,tanpa rasa malu dan bukan rahsia lagi MP Melayu bersengkokol dengan Tauke Cina menjarah semua kekayaan rakyat MALAYSIA.Kemudian mereka menyatakan Kaum Cina adalah pendatang supaya kita orang Melayu berprasangka buruk dengan kaum Cina.Sepatutnya MP Melayu memperjuangkan agar orang Melayu lebih memahami kaum Cina dengan berkerjasama dan mempelajari kepandaian mereka.

Penekanan dari segi pendidikan bahasa MANDARIN di sekolah sahaja jalan untuk orang Melayu memahami kaum Cina dan menghilang prasangka, setelah Melayu memahami apa yang diperkatakan atau permintaan kaum Cina.Jurang ini dapat mengurangkan tekanan antara kaum.

MP Melayu tidak bersetuju kerana mereka berharap orang Melayu tidak memahami maka lebih senang menggunakan isu perkauman terhadap kaum Cina atau kaum India di Malaysia.Ianya juga terguna pakai kepada orang India dengan bahasa TAMIL nya.

DSAI sepatutnya tidak perlu MP Melayu tersebut kerana tanpa mereka kita juga boleh meraih kuasa dari PAS,PKR dan jika masih tidak mencukupi jawatan eksekutif boleh dibuka kepada orang Melayu yang bijaksana untuk mengisi peruntukan majoriti kaum Melayu.Kita pasti rakan BN yang berpindah kePR bersetuju selagi dasar bekerja untuk rakyat dan kesamarataan kaum dijunjung.

Kepada PAS dan DAP hentikanlah pertikaian siapa lebih ISLAM dan lebih KAPITALIS,itu semua adalah idea usang untuk mengasingkan masyarakat.ISLAM adalah agama yang MULIA, tidak perlulah mendabik dada yang kita lebih ISLAM dari yang lain.Semua umat ISLAM wajib mengakui yang ISLAM itu SHUMUL (Lengkap),terguna pakai kepada seluruh penganutnya.Noktah.

Pada DAP carilah kapitalis sebanyak mana tetapi jangan menafikan yang perkara kearah kebaikan terdapat dalam setiap ajaran agama ISLAM,KRISTIAN,HINDU BUDHA dsbnya.Katakanlah benar bahawa,berjudi,minum arak ,rasuah,tikan nombor ,berzina itu membawa keburukan kepada masyarakat dan dilarang didalam semua ajaran agama.Jika menafikannya,jelaslah PR MEMBAWA RAKYAT KEPADA KEHANCURAN.Sama-samalah kita rakyat MALAYSIA menjadi bangsa MALAYSIA yang bermoral .

Penyelesaian bagi permasaalah berikut adalah mengadakan dua sistem yang sama taraf didalam sistem perundangan dimana Mahkamah Syariah adalah setara dengan Mahkamah Sivil.Pastinya sesiapa terinaya dapat memilih mahkamah yang dirasakan dapat memberi keadilan kepada mereka,pastinya bila dilaksanakan kebanyakan kes yang melibatkan wanita terinaya tanpa mengira kaum akan pergi ke mahkamah syariah kerana hukum ISLAM jelas melarang berjudi,minum arak,tikam nombor,berzina adalah HARAM.Jika merasakan tidak mendapat keadilan mereka boleh ke mahkamah SIVIL.

Pastinya rakyat MALAYSIA yang cintakan keamanan ,kerukunan kaum bersetuju untuk melihat kita semua diadili oleh mahkamah yang adil.

Sunday, August 31, 2008

51 Tahun Merdeka dan Integrasi Kaum

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA.

Tepat detik 12 malam sebentar tadi KAMI menjerit melaung slogan keramat itu sebanyak tiga kali.Setiap wajah di Dataran Merdeka gembira menyambut ketibaannya setiap tahun.Melayu , Cina , India dan pelbagai bangsa bersama meraikannya.Pemimpin-pemimpin juga berseri diwajah mereka,merasakan mereka telah berjaya mempertahankan kebebasan setiap rakyat Malaysia untuk ke sekian 51 tahun.'Rakyat Malaysia ,rakyat majmuk'kata mereka.TIADA TEMPAT LAIN DIDUNIA INI SEMAJMUK MALAYSIA.

Itulah aliran arus dipermukaan, sedangkan apa sebenarnya berlaku didasar amat menakutkan.Politik Malaysia berada didalam kepura-puraaan.Pelbagai perkara yang mengelirukan,syak wasangka,pengkhianatan,pembelotan dan perebutan kuasa menyebabkan rakyat hidup dengan syak-wasangka sedangkan 51 tahun telah berlalu.

Permainan politik akhir ini ,mengakibatkan berlaku ketidak-tentuan.Melayu berprasangka kepada Cina,India berprasangka kepada Melayu.Perkara ini sebenarnya disedari oleh semua pemimpin , baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat tetapi atas perebutan kuasa ,ianya menjadi kunci bagi menguasai rakyat.

Kami,anak-anak Malaysia selepas Merdeka sebenarnya sudah tidak peduli lagi terhadap asal-usul kami.Melayu Proto,Cina Pendatang atau India Pendatang sudah tidak ada dalam kamus asal usul kami.Bagi KAMI , MALAYSIA adalah TANAHAIR.KAMI SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

Pemimpin selalu mengimpikan BANGSA MALAYSIA ,tetapi mereka kembali kepada kelompok mereka dan menjadi jaguh kepada kaum mereka.Pemimpin menyelamatkan kuasa mereka dengan memperjudikan masa depan golongan seperti kami , BANGSA MALAYSIA.

Erti BANGSA MALAYSIA bagi kami adalah keadaan bertoleransi diantara semua kaum untuk kesejahteraan tanpa mengira ras-ras kami.BANGSA MALAYSIA boleh dicapai dengan melakukan perubahan kepada dasar asas kami iaitu sistem pendidikan .Pendidikan negara harus dirombak pada sistem yang baru ,dimana tiada lagi had batasan untuk menuntut ilmu.

Kaum Melayu; paling mundur ,tidak tahu ekonomi,malas,petani dan sebagainya.
Kaum Cina : pandai ekonomi,suka tipu orang, rajin ,tokey dan pelbagai lagi
Kaum India: Malas, gangsterisme,kaki botol dan lain-lain

Itulah yang dicanang selama 51 tahun diantara kaum bagi menyekat daripada pemimpin kehilangan kuasa, sedangkan jalan keluar tidak pernah ditunjukkan.

Pendidikan dan pembelajaran bagi kami, sebenarnya akan mewujudkan BANGSA MALAYSIA.Pendidikan harus berteras ILMU dan KEMAHIRAN.

Pendidikan ILMU bermula dari BAHASA.Nasionalis Melayu dengan Bahasa Kebangsaan,Nasionalis Cina dengan Bahasa Cinanya dan begitu juga kaum India dengan Tamil nya.Setiap Nasionalis mempertahankan hak-hak mereka.

Kami, BANGSA MALAYSIA tidak memerlukan nasionalis ini kerana bagi KAMI,semua bahasa adalah perlu.Bahasa Melayu difahami oleh SEMUA,MELAYU memerlukan MANDARIN dan TAMIL,CINA memerlukan BAHASA MELAYU dan TAMIL dan INDIA memerlukan MANDARIN dan BAHASA MELAYU.KAMI memerlukan sistem pendidikan yang menawarkan semua bahasa agar KAMI dapat hidup tanpa berprasangka lagi dan dapat memahami konsep masyarakat majmuk yang PEMIMPIN KAMI inginkan.Bagi KAMI melangkah lebih jauh BAHASA INGGERIS haruslah menjadi bahasa Antarabangsa KAMI.

Dengan adanya BAHASA INGGERIS tidak perlulah nasionalis kami beradu siapa yang lebih NASIONALISMA .BAHASA INGGERIS akan menjadi bahasa ilmu KAMI.

Sistem Pendidikan mestilah mempunyai Bahasa Malaysia (Utama),Bahasa INGGERIS (Kedua) danMandarin/Tamil(pilihan wajib) .Dengan ini KAMI tidak perlu lagi mendengar NASIONALI S KAMI menjadi jaguh kaum.

Setelah KAMI mengusai bahasa,KEMAHIRAN adalah keinginan KAMI.

RemajaMelayu: Rempit,Dadah , melepak
Remaja Cina : Estacy,Disko,DVD Haram,Judi dan Ah Long
Remaja India: Mencuri, kaki pukul dan kaki botol.

Itulah kata pemimpin menyalahkan KAMI ,sedangkan KAMI memilih mereka untuk menjaga keperluan KAMI.

Sistem Pendidikan yang berteraskan Kemahiran adalah keinginan KAMI.

Pendidikan yang bercirikan peperiksaan pada KAMI adalah palsu belaka,KAMI mengingati tetapi tidak memahami , Pendidik KAMI menipu kami dengan menurunkan peratusan markah KAMI untuk menjaga air muka mereka.KAMI lahir dari punca yang palsu.Biarlah KAMI diberi nilaian sebenar tanpa rasa bangga yang pura-pura.

KAMI yang bijak akan terus menyambung ilmu tetapi jika KAMI sebaliknya , haruslah diberi KEMAHIRAN yang boleh dipergunakan tanpa menjadi beban kepada masyarakat dan pemimpin KAMI.
Pendidikan KEMAHIRAN akan membantu kami menghadapi cabaran dunia sebenar.

Kepada PEMIMPIN KAMI,KAMI tidak lagi memandang asal usul tetapi KAMI menilai PEMIMPIN yang dapat melahirkan BANGSA MALAYSIA YANG TOLERANSI dan tidak hanya menjadi PEMIMPIN untuk satu-satu kaum sahaja.

KAMI tidak ingin melihat kepupusan PEMIMPIN ERA MERDEKA disebabkan oleh kesilapan mereka sendiri.

Jangan KAMI sentiasa dipersalahkan kerana KAMI ingin menjadi BANGSA MALAYSIA YANG MAJMUK

Sunday, June 22, 2008

Pertanian,500 Juta dan Perdana Menteri

Kementerian Pertanian& Asas Tani mengumumkan dana tambahan 500 juta untuk membantu petani, nelayan dan penternak untuk menghadapi kenaikan harga minyak dan peningkatan kos input didalam industri pertanian.Adakah ianya menjadi jalan penyelesaian untuk keseluruhan masaalah? jawapannya tidak....TIDAK!

Kerajaan selalu sangat memberi penyelesaian berbentuk gula-gula dan ini adalah tidak bagus untuk jangka masa panjang pentadbiran kerajaan.Pendekatan berbentuk memberi joran adalah lebih baik daripada memberi duit untuk membeli ikan kerana duit habis ,ikan pun tiada.

PM harus sentiasa kritis kepada buah fikiran pemikir-pemikir disekelilingnya kerana pada hemat Kritik Kedai Kopi(3K),pemikiran negatif didahului untuk mendapat penyelesaian positif.Sistem pemikir yang baik adalah melihat sudut negatif terlebih dahulu dan mencari penyelesaian sehingga titik terakhir barulah pemikiran positif akan mendapat tempat sebagai jalan yang benar. Kebanyakkan pemikiran berbentuk ad-hoc selalu diterima pakai dan menjerat PM apabila ianya dipertikaikan umum sedangkan kemungkinan pemikiran tersebut adalah bukan buah fikiran PM tetapi juak-juak yang lembap akal.

RM500 juta atau 500,000,000 atau 500 dengan enam angka kosong adalah nilai yang sangat banyak. Pemberian bantuan tunai 500 juta kepada golongan pertanian sebenarnya dalah tidak perlu kerana kerajaan pada akhirnya tidak akan mendapat apa-apa hasil dan akhirnya tetap diperkatakan orang.

Pandangan 3K , PM harus mengistiharkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan 500 juta dalam bentuk KEDAI JIMAT dimana keperluan baja, racun, biji benih,anak ikan dan lain-lain imput boleh didapati dengan harga murah .Golongan Pertanian hanya perlu menjadi ahli kedai jimat dengan sedikat yuran dan mereka bebas membeli keperluan pertanian dengan harga murah.Modal RM 500 juta tadi akan sentiasa ada kerana setiap peserta membeli secara tunai dan Kedai Jimat dan peserta akan mendapat keuntungan bersama setelah keuntungan tahunan dikira.

Kerajaan mungkin berfikiran ,agensi kerajaan seperti FAMA,PPK telah lama menyediakan kemudahan seperti itu tetapi hakikatnya FAMA dan PPK adalah lebih teruk dari lintah darat kerana mereka bukannya membantu golongan pertanian tetapi menjadi barua-barua kepada kapitalis.Keuntungan atas angin adalah jalan mudah daripada membantu golongan pertanian.

PPK dengan sistem 10% nya apabila menggunakan PPK sebagai pintu masuk menyebabkan pembekal swasta menggunakannya sebagai kuda tunggangan sedangkan penubuhannya adalah membantu golongan pertanian mendapat input-input yang murah.PPK tidak menggunakan kelebihannya untuk mengimport,membungkus dan mengedar sendiri keperluan pertanian.Pentadbirnya bersengkokol dengan penjual dan hanya makan komisyen 10%.

Contoh:

Harga baja pasaran NPK green = RM205.00/25 kgs

PPK (10%) = (RM 20.50)

Peruncit = RM 184.50

Untung peruncit(30%) =(RM 55.35)

Pemborong = RM 129.15

Untung pemborong(15%) =(RM 19.37)

Pengilang = RM 109.78 - INI BARU HARGA PENGILANG MALAYSIA



Jika PPK import terus dari China atau India sudah tentu harganya lingkungan RM70.00/25 kgs dan jika dijual semula kepada petani dengan keuntungan pengilang Malaysia + 25% keuntungan termasuk kos pengangkutan maka harga baja tidak lebih RM 140.00 - RM 150.00/25kgs.

Malangnya PPK tidak mahu berusaha lebih dan lebih suka berniaga dengan kapitalis dan menindas golongan pertanian.

PPK sepatutnya dibaikpulih dengan melantik peneraju dari profesional peladangan seperti Guthrie atau Sime Darby dan bukan ahli politik yang hanya tahu terima elaun atau cari peluang untuk diri sendiri melalui projek PPK; disediakan blue print seperti petani diJepun dimana petani mereka dibantu untuk mengurangkan kos dengan bantuan koperasi pertanian.Perladangan swasta Malaysia tidak pernah menghadapi peningkatan harga imput disebabkan oleh kawalan harga imput dan mereka membuat pembelian secara pukal terus dari kilang atau import sendiri dari luar negara.

Dasar pertanian Negara mestilah jelas dengan satu matlamat selama-lamanya,seperti mana PM Tun Abdul Razak pernah lakukan dimana dasar komoditi negara bersandarkan getah dan kelapa sawit.Sekarang Malaysia memperolehi laba yang banyak dari dasar beliau.Ini hanya retorik kerajaan untuk meniru beliau seperti buku hijau, tetapi hanya menjadi bahan jenaka rakyat diatas tidak relevannya kerana tiada blue printnya dari mula tanaman hingga proses pemasarannya.


Kerajaan pernah menyatakan FAMA adalah agen pemasaran tetapi pernahkah PM melihat secara menyeluruh apa yang dibuat oleh FAMA? FAMA sepatutnya lebih kuat dari yang ada sekarang,tetapi FAMA lemah ditekan oleh pasaran terbuka.Di Jepun harga koperasi pertanian(seakan FAMA) menjadi tanda aras harga harian tetapi FAMA menggunakan harga pasaran terbuka untuk menekan harga petani.


FAMA sepatutnya menjadi pembekal pasar tani yang ia tubuhkan bukannya hanya membuka pasar tani tetapi imput jualan diambil dari pasaran terbuka seperti pasar borong .Dengan ini harapan petani untuk mendapat harga yang lebih baik tiada.Di Jepun , koperasi pertanian membeli harga tinggi 10% daripada peraih swasta dan menjual 10% lebih murah dari harga pasaran.Koperasi pertanian Jepun menjadi pengedar hasil tanaman dan keuntungan pengedaran dinikmati oleh koperasi dan petani secara bersama setiap tahun.Sistem ini juga terguna pakai di Korea.


Pertanian adalah Perniagaan-slogan kerajaan,tetapi kepada siapa?Jawapannya adalah perniagaan untuk golongon politik.Mereka ini mengambil kesempatan dengan slogan ini untuk membentangkan kertas cadangan dan mengambil kesempatan meneroka tanah hutan untuk diambil hasilnya atau tanah pertanian untuk dihakmilik.Tanah beratus hektar ditarah atas nama pertanian komersial tetapi sebenarnya tiada niat untuk mengusahakannya.Kerajaan seharusnya mensyaratkan mereka meletak deposit 50% dari cadangan kertas kerja bukannya hanya menerima surat perjanjian perkongsian,tetapi projek hancur setelah hasil hutan diambil atau geran tanah pertanian diterima.


Beberapa contoh projek pertanian gagal:


Limau madu di Trengganu-Kerajaan memperuntukkan beratus juta ringgit untuk memajukan ladang limau madu terbesar di Trengganu.Harapan kerajaan ialah agar dapat membantu golongan petani memperolehi pendapatan tambahan dari hasil limau madu.Apakah cerita disebaliknya?Jabatan Pertanian diarahkan untuk memajukannya,benih terbaik diimport terus dari Taiwan untuk tujuan penanaman.Ahli politik telah diberi peluang untuk menjadi peneraju sebagai pengimport benih.Benih tiba untuk dijual,tetapi pemeriksaan kurantin menunjukkan benih mempunyai virus merbahaya dan benih tidak dibenar masuk,tetapi atas keuntungan yang bakal diperolehi perkara tersebut dibawah tikarkan dan benih dibekalkan kepada semua petani.Duit berjuta bertukar tangan dan petani yang mendapat bala.Industri Limau madu terus tersungkur disebabkan serangan virus CITRUS GREEN dan ahli perniagaan tersebut kaya raya.Jika perlu kepastian PM boleh tanya bekas KP yang baru pencen.

TKPM(Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan)-Berlumba-lumba MB dan KM menyediakan kawasan untuk menggembirakan saranan PM.Ceritanya;Kerajaan Negeri memperuntukan kawasan baru beratus hektar terutama kawasan hutan supaya hasil hutan boleh dikeluarkan,proses dan kos pembukaan tanah yang tinggi dan kos penyediaan infrastuktur yang tinggi agar dengan kos yang tinggi ini mereka dapat memperolehi keuntungan berganda dan kerajaan terpaksa membayar tinggi kepada kroni-kroni(kontraktor) mereka.Inilah yang dinamakan Pertanian adalah Perniagaan.


Tanah tersebut dibahagikan kepada petani komersial,tetapi kurang mendapat sambutan disebabkan oleh kedudukan yang jauh dan kemudahan yang tidak menguntungkan serta melibatkan kos tinggi untuk beroperasi.


Beef Valley,Gemas-Kerajaan menyatakan projek ternakan terbesar di Malaysia,tetapi semunya auta sebab dari mula dah tahu projek susah nak jalan.Tanah penuh dengan pokok akasia ,projek bekas MB dan kini diambil alih oleh bekas menteri.Dua kali keluar duit beratus juta kat kawasan yang sama,kerajaan memang membazir.Tanam rumput 25 juta tapi rumput macam bulu hidung.Duit habis lembu kempis.PM datang rasmi pinjam lembu kat Kluang Johor.PM tertipu lagi.Orang Gemas kata , bagi diaorang sorang RM 500,000 ,tiap minggu PM boleh datang tengok 200 ekor lembu dan siap kandang dan padang ragut.

Projek jagung di NCER- Puas PM posing ambil gambar dengan jagung segar tetapi PM tak tahu jagung semalam tanam, hari ni dah berbuah , benih special dari Rembau.Duit buka tanah pun dah berjuta.Lain kali PM datang jangan bagitau ,buat je spot check macam gurubesar sekolah.

Kempen Bumi Hijau I(06) dan II (08) - Kempen PM macam Tun Razak memang bagus,tetapi pengurus kempen macam hampeh,bagi kit sayur (RM20) dan reban ayam (RM1000).Apa orang kampung buat ,campak je kit tu dalam tong sampah sebab nak makan pun tak cukup , baik beli sayur kat apek lori.Ayam kampung 20 ekor percuma, mati 10 ekor ;dah cukup besar sembelih lepas tu reban jadi stor barang lusuh atau terus jual kat india scrap.Habis duit kerajaan 30 juta dan PM letih tangan sebab banyak salam .

Apa salahnya ambil satu atau dua kumpulan belia setiap negeri,bagi duit Bumi Hijau RM30 juta tu buat projek blue-print seperti Betik(Pahang/Perak),Nenas (Johor),Mangga(Perlis),Belimbing(Selangor)Cili(Trenganu) dan sebagainya.Hasilnya nanti boleh dikongsi bersama atau dijual kepada pasaran jika berlebihan.

Contoh: Pengusaha(Belia) Pelabur(Belia&Orang Kampung) Pekerja :(Orang Kampung)Pengedar(Koperasi Orang kampung/Fama/PPK)-Untung : semua pun dapat

Terkini: Kempen Buku Hijau II (08)- Duit 15 juta lagi disediakan nak kasi perabih oleh pak menteri,konon nak promo kerajaan dan PM.Harap PM tak payah buang masa lagi sebab kit( RM 15/orang) tak dak nilai ,baik buat projek seperti yang disyorkan diatas.Yang untung dan kaya tetap pembekal kit .

Kesimpulan ; Pertanian Tradisional sebenarnya tidak mengharap banyak dari kerajaan,bantuan berupa barangan imput murah(tak perlu subsidi) dan sistem pemasaran yang cepat sudah memadai untuk kelangsungan hidup mereka.Mereka memerlukan panduan arah yang tetap dan tidak berubah walau apapun berlaku.Dasar kerajaan yang tidak tetap menyukarkan semua pihak.Dasar berbentuk blue print haruslah disediakan dan dikuat kuasakan,bukannya diubah sesuka hati.Contoh blue-print terbaik hampir dengan kita adalah dasar pertanian Thailand, dimana tak mengira sesiapa memerintah ;dekri diraja(blue print) tetap menjadi pedoman rakyat.Jurutera Blue Print Komoditi Malaysia adalah Tun Razak.

Ikhlas,

Semua saya

Petani ,Penternak & Kontraktor

Rembau NS

PERMINTAAN - MINTA KUAT KUASAKAN HUKUM SEBAT UNTUK PATI,SEMAK MATA MEMANDANG BUKAN SAJA DI SABAH BAHKAN SELURUH NEGARA.SEBAT ADA BANYAK KATEGORI; SEBAT ANAK,SEBAT MURID,SEBAT PENJARA(MAHKAMAH),PILIHLAH SATU .JANJI SEBAT DAN TAK BERANI MASUK TANPA IZIN.

Monday, June 16, 2008

Kad Subsidi vs Tunai

KOTA KINABALU 15 Jun – Kerajaan bercadang memperkemaskan pemberian subsidi minyak kepada rakyat pada masa depan dengan memperkenalkan kad subsidi petrol dan diesel untuk orang ramai yang layak menerima kemudahan itu.
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, cadangan yang masih dalam pertimbangan kerajaan itu, jika dilaksanakan, akan membolehkan rakyat menikmati subsidi minyak setiap bulan.-Utusan Malaysia 16/06/08

Tindakan kerajaan memang selalu tergesa-gesa,sudah terantuk baru tengadah.Dengan kesesakan teruk di pejabat pos pada hari pertama dan kedua, barulah kerajaan nak pertimbangkan kad subsidi untuk cara pembayaran akan datang.Mengapa sebelum tindakan pemberian tunai, tiada ahli kabinet memikir,menganalisis dan membuat pertimbangan yang bagus untuk memudahkan PM buat keputusan sebelum diistiharkan.Atau pemikiran mereka hanya menambahkan lagi tidak kepopularan kerajaan sekarang.

Kritik Kedai Kopi(3K) masih berpendirian ,jalan terbaik masih dengan pemberian kad subsidi dan penubuhan koperasi rakyat.Pemberian rebet tunai sudah pastinya akan habis pada pembelian bukan petrol, dalam masa 1 atau 2 hari,selepas itu rakyat yang sama akan menentang semula kerajaan dan meminta kerajaan menurunkan harga minyak.Dengan kad subsidi, rakyat tidak dapat mengarahkan pembelian kepada pembelian bukan petrol.

Cadangan semula untuk pemberian rebet subsidi haruslah ambil kepentingan keseluruhan rakyat dimana cadangan adalah seperti berikut:

Kereta
Isnin - Ahad : 20 km/hari(hantar anak sekolah,pasar @ klinik) @0.27/km x 20 km x 7h x 12b = RM 453.60
Sabtu - Ahad(1 x sebulan) : 300km (balik kampung/kenduri kahwin/jalan-jalan)@0.27/km x 300km x 1h x 12b = 972.00
Perayaan(2 x setahun) : 300 km/perayaan : (balik kampung)@0.27/km x 300km x 2/tahun = RM 162.00
Jumlah : 1587.60/tahun anggaran keperluan asas setiap pemandu kenderaan bermotor diMalaysia,
Terpulang kepada kerajaan untuk memberi subsidi penuh atau sebahagian mengikut kadar perbatuan atau kadar ringgit dan sen?

Bagi kenderaan motosikal,subsidi tanpa had seperti dinikmati oleh pengangkutan awam wajar diberikan.

Pemandu berurusan untuk tujuan selain perkara asas diatas membayar harga dipam,tetapi setiap pembelian beresit disimpan bagi tujuan pemotongan cukai pendapatan.Disyorkan cukai pendapatan individu dihapuskan.

Pengangkutan awam(bas harian/LRT/komuter) dimilik negarakan dan kerajaan sendiri menguruskan pengangkutan awam dimana rakyat mendapat faedah harga tambang murah tanpa had setiap hari untuk perjalanan ketempat kerja.

Sistem pra bayar diperkenalkan untuk membantu kerajaan menampung operasi kemudahan prasarana pengangkutan awam.
Keuntungan minimal sebanyak 20%(kerajaan)/80%(rakyat-dgn cara tambah lagi kemudahan awam) adalah disarankan.
Jangan dijadikan seperti syarikat GLC selama ini, dimana modal rakyat(Khazanah),ttp keuntungan untuk sekelompok kumpulan dan rakyat dinaikkan/ditekan dengan kenaikan caj.


from: Ajis.Kedai kopi Pekan Rembau.

Friday, June 6, 2008

Adakah Tindakan Kerajaan Bijak?

Pengumuman Kerajaan menaikkan harga minyak telah dikecam dan diberikan pelbagai pandangan oleh orang ramai dan juga diambil kesempatan oleh parti politik untuk menghentam kerajaan.PM telah ditekan tanpa diberikan buah fikiran sebenar untuk mengatasi perkara tersebut.

Pandangan Kritik Kedai Kopi (3K) sebelum ini sealiran dengan PM,dimana subsidi yang diumumkan adalah berpadanan dengan keperluan sebenar rakyat Malaysia.3K ingin mengulas beberapa perkara lagi agar dapat diperbaiki lagi.

Pengumuman PM :
PM seharusnya membuat pengumuman menyeluruh kerana pengumuman kenaikan harga minyak telah menyebabkan panik dikalangan rakyat dan diambil kesempatan oleh ahli politik, untuk bertindak sebagai pencetus ketidakstabilan negara.3K tidak menganggap PM tidak popular atau sebaliknya ttp PM harus ambil kesempatan dengan mengumumkan sekaligus jalan penyelesaian untuk mengurangkan beban rakyat.

Apakah masaalah sebenar rakyat?

Harga barangan meningkat.Seperti 3K saran sebelum ini, kerajaan harus bertindak sebagai pengedar barangan keperluan asas rakyat.Koperasi rakyat mesti ditubuhkan dan kerajaan menjadi perunding pembekalan (procument).Pembelian pertama dimodalkan oleh kerajaan dan rakyat kemudian berdaftar untuk membeli saham koperasi(andaian RM350 setiap isi rumah).Setiap pembelian kerajaan ,keuntungan 5-10% dibenarkan untuk kos pengurusan dan baki keuntungan boleh dikembalikan hujung tahun kepada rakyat.Rakyat tentu akan gembira dimana dapat barang dan duit sekali.

Rakyat sendiri memodalkan barangan keperluan asas mereka dan kerajaan mengedarkannya dipusat koperasi atau lebih cepat lagi dipasaraya besar (tesco,giant,carefour).Pasaraya besar lazimnya akan ambil untung 15%(minta mereka bayar tunai setelah setiap barangan habis dijual).Sediakan satu bahagian untuk jualan asas rakyat .Bahagian pentadbiran ini mestilah diurus bersama oleh KPDHEP dan Audit Negara.Tiada ahli politik dibenarkan mengisi jawatan dan setiap perbelanjaan diistiharkan oleh kerajaan 3 bulan sekali.

Senarai barangan asas adalah spt berikut :(5 orang isirumah/bulan)
Ayam Bersih(Berkepala, kaki, hati & hempedal 4 ekor
Daging Lembu(Tempatan) 2 kilo
Ikan Kembung Hitam/ Hijau(Tempatan) 16 kilo
Ikan Tongkol / Aya / Kayu(Tempatan) 4 kilo
Udang Kertas Putih(Kecil) 4 kilo
Ikan Selar Kuning (Tempatan) 16 kilo
Cili Merah/kering 2 kilo
Sawi/Kacang Panjang/Kobis Bulat (Tempatan) 4 kilo
Tembikai Merah(Tanpa biji) 4 biji
Telur Ayam Gred B 4 tray
Kelapa Biji 10 biji
Teh /kopi 2 bag besar
Sardin Cap "Ayam" 8 tin besar
Minyak masak 10 kg
Susu Isian Pekat Manis Cap F&N 10 tin
Gula 10 kg
Tepung 5 kg
Beras 10% hancur 15 kg

Barangan kering diatas tidak perlu dicari hanya terus berbincang dengan kilang dan bayar tunai kepada mereka,tandakan dengan plastik bungkusan KPDHEP supaya barangan subsidi tidak cuba diseludup keluar,dan untuk barang basah aktifkan pusat pengumpulan persatuan petani,penternak dan nelayan untuk membekalkan barangan kepada mereka.Kerajaan membeli lebih sedikit dari harga pasaran dan menjual semula lebih murah dari pasaran.(Sistem koperasi pertanian Korea).Sistem ini hanya melibatkan pengeluar-pengangkutan-pengedaran shj.

Rakyat boleh membeli barangan tersebut dengan menunjukkan kad ahli rebet/subsidi dikeluarkan oleh koperasi ,ditolak setiap pembelian dan dihadkan sebanyak RM300/RM500 sebulan.Semua warganegara layak ,dengan mengisi butir pengenalan isirumah semasa mendaftar di koperasi.Rakyat akan bijak berbelanja mengikut keperluan mereka dan pembelian luar keperluan,rakyat harus membeli dengan harga pasaran.

Golongan peniaga tidak diberi subsidi kerana kerajaan menggalakkan konsep makan dirumah, bawa bekal ketempat kerja dan sebagainya.Peniaga hanya diberi rebet cukai pendapatan perniagaan spt yang diumumkan oleh PM.Sistem Britain ,masak sendiri lebih murah dari makan diluar.

Pengumuman PM harus diperbaharui dimana,rebet tahunan minyak sepatutnya spt berikut:

Kenderaan 2000 cc - rebet 625.00 setahun : setuju
Kenderaan >2000 cc - diskaun 200.00/tahun : setuju,cukai alat ganti dinaikan.
Kenderaan <1000 cc - disyorkan rebet 1100.00 setahun, alasan kurang cemar, jimat tenaga,saiz kecil jadi kurangkan kesesakan,50% digunakan oleh golongan pendapatan rendah untuk aktiviti keluarga dihujung minggu.
Motosikal 250 cc/500cc - disyorkan subsidi penuh,pam minyak berasingan disediakan khas untuk motosikal.Ini menggalakkan rakyat guna kenderaan kecil dan kurang kesesakan.Cukai alat ganti dikurangkan atau dimansuhkan.
Motosikal > 500 cc - 50.oo diskaun cukai jalan : tidak perlu.

Pengagihan subsidi minyak :Kerajaan lebih mudah mengeluarkan kad rebet berbanding meminta POS Malaysia membuat bayaran semula, hanya menambahkan kerja dan beban POS Malaysia.Kad rebet dikeluarkan oleh JPJ atau POS Malaysia lebih baik ,kerana kerajaan tidak perlu guna duit pembendaharaan untuk bayar tunai kepada rakyat.Kerajaan beri kad rebet dan tahu setiap kenderaan subsidi ditolak terus dari anggaran perbelanjaan tahunan kerajaan.

Syarikat Pengangkutan Awam : Subsidi penuh disyorkan termasuk cukai alatganti dimansuhkan ttp syarikat pengangkutan mestilah tidak menaikkan harga tambang,kerajaan memantau tambang (Penumpang perlu membeli kad prabayar (lagi murah)untuk 1 bulan,jadi syarikat pengangkutan telah ada modal permulaan operasi.Harga tambang tanpa kad prabayar adalah harga tambang pasaran ttp tetap masih rendah).Begitu juga untuk bas ekspress dimana pembelian awal (2 bulan)tiket musim perayaan/cuti sekolah lebih murah berbanding harga semasa yang rendah.Sistem ini kini digunakan oleh AIR ASIA dan MAS.

Teksi- subsidi penuh hanya kepada model kenderaan tempatan sahaja termasuk dimansuhkan cukai alatganti .(WAJA/PERDANA/SAGA)

Syarikat Pengangkutan - Subsidi penuh dan mansuhkan @kurangkan cukai alatganti.

Elektrik & Air - rebet RM43.00 (setuju)dan RM12.00(disyorkan),rakyat perlu berjimat cermat.

Penternak/Nelayan/Petani - subsidi penuh keperluan asas tidak perlu ttp agensi PELADANG/NEKMAT(BERPUSAT) mesti digerakkan semula dimana kumpulan ini sendiri memodalkan koperasi dan membeli ,membungkus sendiri keperluan asas spt baja, racun dan sebagainya secara pukal dan terus dari kilang atau import sendiri apa yang terbaik bagi mereka.Cth dari China, India dimana harga baja,racun adalah murah tanpa ada orang tengah.Keuntungan 10-15% dibenarkan.Koperasi diletakkan bawah KEM.PERTANIAN dan Audit Negara.Petani akan membeli semula pada koperasi pada harga yang murah dan hujung tahun keuntungan koperasi boleh dikongsi semula oleh petani,nelayan dan penternak.Modal permulaan harus digerakkan oleh kerajaan.Penyertaan wajib ahli koperasi perlu untuk mendapat faedah.Kempen bumi hijau mesti ditingkatkan mengikut setiap daerah dan hasil lebihan boleh dijual kepada pasaran.Jangan libatkan ahli politikdalam pentadbiran .Sistem koperasi JEPUN.

Rebet minyak penuh diberikan selepas pendaratan hasil/pengeluaran hasil supaya ianya tidak disalahgunakan atau hasil dijual kenegara lain dan ianya berbentuk kad rebet.

Penjualan minyak untuk kenderaan asing :Langkah kerajaan untuk tarik larangan adalah tidak perlu kerana kerajaan boleh mensyaratkan stesen minyak untuk menyediakan 2 pam khusus petrol dimana radius 50 km(Johor Baharu), harga minyak RM5.00 dan sempadan Thailand ,RM 3.40.Jadi tiada ketirisan minyak keluar , kecuali penyeludupan ke Thailand harus diperketatkan lagi.

Perbelanjaan kerajaan:Kerajaan perlu buat satu-satu projek pada satu-satu masa kerana pengumuman drastik boleh menyebabkan kerajaan tidak popular dan diambil kesempatan oleh politikus untuk menghentam kerajaan.Pada rakyat semua ahli politik adalah sama dan tidak boleh dipercayai. Jika kerajaan lebih bersifat rakyat dan bukan pemerintah , rakyat akan lebih sayang dan kerajaan dapat bertahan lama. Sejarah sentiasa mengulangi peristiwa tersebut jadi ambillah ikhtibar.Contoh terbaru runtuhnya sistem beraja di NEPAL.

Jika kerajaan bertindak bijak,pasti ahli politik tidak dapat mengambil kesempatan mengadu domba rakyat dengan kerajaan dan Golongan peniaga tidak mengambil kesempatan menaik harga barang.

Kerajaan juga tidak perlu bersikap menekan negeri bukan bawah pentadbiran, ttp cuma beri 1/3 daripada budget negara dan umumkan , jadi rakyat tidak melihat kerajaan bermusuhan dan lebih baik daripada lawan.

RAKYAT KENYANG,TIDUR SELESA ADALAH RAKYAT YANG TIDAK DERHAKA.

Wassallam.

Wednesday, May 28, 2008

Forum Utusan Malaysia :pengagihan subsidi minyak dan barangan keperluan

Saya cadangkan setiap kereta disubsidi setiap bulan pada hari Isnin - Jumaat (15 km/hari),Sabtu /Ahad (100 km) dan hujung bulan (500 km),
Selain waktu itu beli minyak harga kaunter.Tiada subsidi untuk kereta 2.2L keatas ttp cukai jalan dikurangkan untuk 2.2L(takde langsung lagi bagus)- adil untuk pembeli kereta besar. Perkiraan ini adalah anggaran penggunaan asas setiap isirumah di Malaysia.
Duit subsidi 45 billion itu beli bas banyak-banyak dan operasi selang 10 minit untuk kemudahan awam , caj purata RM2.50(/hari/orang),Ini menggalakkan mengguna kemudahan awam.
Subsidi penuh untuk bas,taxi,lori & nelayan , pertanian dan semua kemudahan awam shj. Dengan ini mereka tak dapat menuntut kenaikan caj.Kenderaan persendirian dilarang masuk bandar waktu puncak.
Golongan Peniagaan , rebet cukai ditolak dari cukai koporat termasuk perbelanjaan minyak tahunan syarikat.
Kad rebet subsidi minyak boleh diberi semasa renewal road tax di JPJ.
Rebet penggunaan elektrik dan air pada subsidi berpatutan purata isi rumah dan selepas itu caj normal dikenakan
Subsidi keperluan asas tidak perlu ttp hidupkan semula konsep koperasi/takaful dimana semua keperluan asas dibekalkan oleh kerajaan dan setiap modal disumbangkan oleh rakyat.Kerajaaan bertindak sebagai pengedar,penyelaras dan pemantau harga . Cara ini boleh juga menghalang orang tengah dari menguasai pasaran.Sistem 3 peringkat harus diperkenalkan iaitu pengilang,kerajaan dan rakyat.Barangan bukan asas boleh diperolehi dipasaran terbuka.
Barangan spt gula , beras,tepung , susu,teh ,ikan, sayuran dan barangan terkawal lain haruslah diedarkan mengikut purata pendapatan isirumah atau purata bilangan isirumah.
Kad subsidi dikeluarkan seperti kad prabayar apabila rakyat membuat bayaran spt cukai pintu/tanah atau bil-bil utiliti.Dengan ini rakyat tidak berlengah lagi untuk bayar cukai kerana kad subsidi diedarkan semasa membayar cukai tahunan.Rakyat dapat subsidi , kerajaan terima cukai.
Untuk membantu Nelayan ,Penternak dan Petani,Kementerian Pertanian harus fokus dengan arah tuju produktiviti pertanian ,bukan hanya mengumumkan pelbagai projek tetapi tiada fokus.
Akhirnya semua tidak menjadi.Sila rujuk sistem pertanian Thailand dan Korea dimana petani mereka mempunyai fokus yang diatur oleh kerajaan.Petani Malaysia sering terkeliru dengan pelbagai projekyang diumumkan.
Rakyat Malaysia diharapkan dapat mengambil ikhtibar bahawa zaman bermewah telah berlalu dan kita telah kembali ke masa lampau dimana nilai wang adalah kecil dan kita perlu mengikut cara dahulu iaitu dengan BERJIMAT CERMAT.
Semoga prihatin kerajaan dapat dilaksanakan secepat mungkin.


post to Utusan Malaysia

Sunday, May 11, 2008

KERAJAAN VS KEDAI 2 RINGGIT

GLC edar barang makanan utama- berita harian 11/05/08

Saya gembira dengan pengumuman ini selaras dengan idea yang pernah saya syorkan didalam blog ini dan berharap ianya berlaku secepat mungkin. Saya berharap penyelaras hanyalah pada 2 peringkat sahaja , pembungkus dan peruncit dan setiap level keuntungan tidak lebih 15 % atau lagi kurang lagi bagus.

KERAJAAN HANYA KELUAR BELANJA PERTAMA UNTUK BELI BARANGAN , selepas itu rakyat akan memberi modal dengan menyimpan dalam koperasi/GLC tersebut. Pendaftaran isi keluarga boleh diadakan untuk kenalpasti subsidi perlu diberikan kepada setiap keluarga.Keuntungan KOPERASI/GLC TAHUNAN JUGA BOLEH DIKONGSI BERSAMA AHLI.Barang dapat , duit pun dapat.Sila rujuk konsep kad loyalty.Saya pasti ia akan berjaya dan kerajaan mampu sbb kerajaan banyak duit.Kaedah ini tergunapakai untuk keperluan asas shj.bukan untuk barangan mewah.

Peringatan : Audit luar mesti dijadikan sebagai pemeriksa akaun kerana telah terbukti setiap orang akan mengambil kesempatan dengan loop yang ada jika membabitkan kewangan yang banyak . Cth ; MENGAMBIL KOMISYEN DARI PEMBUNGKUS dan menambah harga dalam resit.Pengurus berAKHLAK, AMANAH dan JUJUR diutamakan dan tolong jangan pilih poli-TIKUS(hampeh)

Berkenaan minyak ,

Saya cadangkan setiap kereta disubsidi setiap bulan pada hari Isnin - Jumaat (15 km/hari),Sabtu /Ahad (100 km) dan hujung bulan (500 km), Selain waktu itu beli minyak harga kaunter.Tiada subsidi untuk kereta 2.2L keatas ttp cukai jalan dikurangkan untuk 2.2L(takde langsung lagi bagus)- adil untuk pembeli kereta besar. Perkiraan ini adalah anggaran penggunaan asas setiap isirumah di Malaysia.

Duit subsidi 45 billion itu beli bas banyak-banyak dan operasi selang 10 minit untuk kemudahan awam , charge flat RM2.50(hari),Subsidi penuh untuk bas,taxi,lori & nelayan , pertanian shj. Golongan Peniagaan , cukai ditolak dari cukai koporat termasuk dengan perbelanjaan minyak tahunan syarikat.Kad rebet subsidi boleh diberi semasa renewal road tax di JPJ.

Semoga prihatin kerajaan dapat dilaksanakan secepat mungkin.

FROM ; TOKEY LOYALTY CARD (ADA 5 CARD SEMUANYA)

Monday, May 5, 2008

HERALD VS MELAYU HAMPEH

Mahkamah benar permohonan Herald.


Sedih saya melihat tajuk berita.Orang Melayu sibuk dengan kemufakatan Melayu sehingga sanggup berseminar 3 hari ttp urusan mempertahankan agamanya dilupakan. Saya berharap PEJUANG ISLAM SEJATI dapat menjadi kepala untuk perjuangan ini.

Tidak pernah didengar di dunia permintaan nama Allah untuk diguna pakai dalam penyebaran agama kristian; dalam kitab Injil sendiri hanya ada istilah GOD.

Malaysia kini terlampau advance

Editor Herald, Father Lawrence Andrew yang kelihatan tersenyum selepas penghakiman tersebut dibaca, berkata: "Kita menanti keadilan. Kita akan tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya."(Malaysiakini 5/5/08)

Adakah disebabkan leka berpolitik kita lupa untuk mempertahankan agama suci Allah dan agama dipijak akibat kelemahan kita.Wassallam.

From: Perjuang ABIM Kuno

Thursday, April 24, 2008

HANG NAJIB VS MAMAK BENDAHARA

Aku rasa umno ni dah masuk stok group bengap.Apa susah buang saja semua , pilih jelah sharir samad ke,muhammad hassan ke , khir toyo ke, zahid hamidi atau lain-lain lagi.Tak kan pusing-pusing stok berkulat tu je dipilih dari datuk sampai ke cucu.Umno ni agaknya tak reti demokratik kot.

Melinium ni orang tak tengok lagi dah keturunan , orang cari pemimpin yang berAKHLAK dan boleh bekerja untuk rakyat.Kuda kepang pun sama tak ada orang lain ke dlm otak tu layak jadi PM.Suruh Najib jadi Jebatlah (Musang berjanggut bolehlah).Balik2 suruh orang yang sama .Aku letih tengoklah,cerita harian ttg negara dah tak peduli,asyik sapa nak ganti sapa.Letih...letih...letih.PRU 13 nanti orang tak pilih UMNO jangan salahkan orang kampung.

From : Hang Kat Mana

TUKANG BESI

Segerakan pemansuhan AP besi - PKMMUtusan Malaysia 24/4/08

Saya mencadangkan permintaan tesebut tidak dilayan oleh kerajaan kerana sikap peniaga Malaysia selalunya tidak beretika ketika berniaga. Saya berpendapat ianya akan meningkatkan lagi harga besi kerana tidak lagi berada bawah kawalan kerajaan.Saya memberikan contoh apa yang berlaku kepada sekumpulan peniaga yang saya nasihatkan bagaimana untuk berniaga secara berkumpulan ( takaful).
Masaalah : Harga product besi yang dihasilkankan 30% lebih tinggi daripada produk bukan bumiputera.
Sebab : Masaalah pembelian secara kredit meningkat harga , dan kegagalan melunaskan hutang telah menyebabkan harga bumiputera tinggi dari bukan bumiputera (MELAYU SUKA ROLLING DPD BAYAR HUTANG)
Penyelesaian : Saya meminta pengimpal besi tempatan untuk bergabung seramai 10 syarikat.Setiap syarikat menyediakan 20K.Jumlah terkumpul 200K.
2. Mencari satu pemborong besi di Kuala Lumpur(BUKAN BUMIPUTRA) yang sanggup membekal dengan harga yang dirundingkan, dan dapat dikurangkan sehingga 40% daripada harga kos tempatan dengan syarat sumber tidak diketahui oleh peruncit tempatan.Bayaran 100K tunai diberikan sebagai deposit dan besi kegunaan lazim dibekalkan.
3. Setiap ahli gabungan disyaratkan membeli tunai pada harga kos asal dan 5% yuran menampung kos perkhidmatan.Jadi ahli dapat menghasilkan produk besi yang berdaya saing dengan bukan bumiputera.
4.Kegagalan projek :Peniaga Melayu memang tidak suka berusaha dan lebih suka melihat orang lain terlingkup ,Saya sendiri kecewa membantu sekumpulan peniaga Melayu tadi kerana projek tersebut telah gagal sebab oleh Melayu BANGANG berniaga.
SEBAB;Syarat 1.PEMBORONG UTAMA(BUKAN BUMIPUTERA)-JANGAN BAGITAU AMBIL BARANG DIMANA.
BAYARAN TUNAI PADA HARGA KOS + 5% YURAN,ttp perangai Melayu suka berhutang jadi satu peserta mintak kredit dan tidak dilayan, dia pergi balik kepada pembekal tempatan lama dan tanya harga besi, sudah tentu harga tinggi dari kumpulan dan marah peruncit, kata harga selalu dia beli murah.Peruncit tanya beli dari syarikat mana?Dia jawab di K.L,terus peruncit tadi call K.L bagi kata dua , supply kat dia @ kat kumpulan.Sudah tentu pemborong supply kat dia sebab dah berpuluh tahun.Pemborong call kat kumpulan , maaf dah tak boleh hantar besi lagi.Kumpulan pun tutup...
Moral : Peniaga Melayu memang suka dengan sifat2 buruk yang tak berakhlak/etika dalam perniagaan.Jadi tak payahlah bantu peniaga Melayu ni.
Dari kepala sampai ekor sama je......
Dari : TUKANG BESI WAJA BUKAN PENCURI PERWAJA

Sunday, April 20, 2008

Makanan Cukup , Untung Tak Cukup

Jamin makanan cukup - Peruntukan RM4b sedia stok penimbal, buka kawasan baru – PM -Utusan Malaysia 20/04/08

Gitulah janji PM kita yang disayangi,dimanakah kebenaranannya.Duit 4 billion tu banyak ttp semenjak dari mulanya lagi industri Pertanian di war-warkan , telah berbilion duit digunakan setiap tahun kononnya memperkasakan petani ,penternak dan nelayan(PPN) tetapi habis disonglap ditengah jalan oleh perompak-perompak banjingan.

Kerajaan sepatutnya berhenti mengeluarkan duit lagi untuk projek2 palsu dimana kebanyakan laba hanya menguntungkan perompak2 banjingan.

Dalam perbincangan kedai kopi di tempat sejuk di C.Highland, otak segar berputar mencari idea untuk menyelamatkan petani,penternak dan nelayan kita.Tindakan orang tengah yang terus menekan,menghimpit kehidupan PPN tidak dapat dibendung lagi.Setiap peringkat menyalahkan kenaikan harga minyak untuk terus menekan pasaran.Adakah jalan keluar tiada lagi?

Kerajaan harusnya menjadi kunci kepda semua penyelesaian tersebut dimana jalan keluar yang boleh difikirkan adalah mempunyai dua sistem dalam satu pemerintahan.Sistem yang disyorkan ialah sistem terbuka dan sistem sosial

Kerajaan dengan perutukan berbilion ringgit sepatutnya mempunyai sistem sosial dimana setiap keperluan asas diurus tadbir oleh kerajaan bersaing dengan sistem terbuka.Persaingan akan menyebabkan harga dapat diturunkan.Monopoli dapat dipecahkan kerana sifat pasaran itu sendiri.

Sistem koperasi patut diteguhkan dimana semua rakyat yang berminat boleh melabur didalam koperasi teras makanan dan setiap orang/ahli menentukan harga barangan tersebut.Dengan pengurusan tunai yang baik tidak ada pengeluar yang tidak ingin bekerjasama dengan koperasi tersebut.Satu koperasi satu perkhidmatan.

Berikut adalah contoh pelan cadangan (bagi mereka yang bengap ttg konsep ini)

Pasaran terbuka :
Bahan mentah (A)- Pengilang(B) - Pengangkutan (C)- Pemborong (D)-Pengangkutan (E) -Peruncit (F) - Pengguna (G)

Kos : $100 (A) - $200 (B) - $230 (C) -$345 (D) - $396 (E) - $528(F) = Pengguna (G)

Setiap peningkatan dalam sistem terbuka adalah disebabkan terdapat sistem kredit sepanjang pusingan perniagaan.

Pasaran Sosial :
Bahan mentah(KERAJAAN IMPORT SENDIRI) (A) - Pengilang (B)(KERAJAAN MINTA PACKING) - Pengangkutan (C) - Koperasi (D) - Pengguna (E)

Kos : $80-100(A) - $120-150(B) - $141 - $160(C) - $165-$180 (D) = Pengguna (E)
Setiap pusingan adalan tunai dari peserta koperasi dan subsidi kerajaan jadi setiap rakyat jelata dapat membeli barangan asas dengan harga murah.Setiap peringkat keuntungan diambilkira hanya 15% sebagai bayaran pengurusan.

Sistem perniagaan akan menjadi lebih efisien kerana tunai sentiasa beredar dan tiada mana-mana ahli perniagaan yang tidak ingin berniaga dengan orang yang mempunyai tunai.

Bagi PPN, semua keperluan asas pertanian tadi dapat dibeli dikoperasi dengan harga murah, maka kos pengeluaran adalah rendah,Koperasi membeli balik dengan harga yang lebih tinggi dari PPN dan menjual semula dengan harga yang lebih rendah dari pasaran terbuka.Win-win situation akan berlaku dan semua orang akan bergembira dan PM pun boleh tidur lagi.Contoh terdekat di Asia ialah sila rujuk sistem pertanian di Korea.

Peringatan :Projek ini tidak akan berjaya jika diketuai oleh bapak penyamun dan Perompak Banjingan , FAMA,PPK dan BERNAS (semua ni group hampeh)dan sewaktu dengannya.

Nasihat kepada Tok Setopa Menteri Pertanian baru,jika pergi melihat projek luar negeri tu ,pergilah belajar bukannya melancong dan bila balik ;buat hebahan nak buat tu,buat ni macam rakan lama dia tu.Kambinglah . lembulah ,mangga lah dll tetapi bila buat projek bagi kat kroni, lepas tu tak siap , mintak tambah duit lagi nak kasi selamat kunun...Hampeh.Lembu 2-3 ekor,rumput 10-20 helai , kata projek mega.PM datang tengok, tunjuk sejemput jembut.Apa nak jadi pun tahu .....


Boh Tea CAFE , Ringlet

Sunday, April 6, 2008

GENDANG LAMA DIPALU LAGI

Pendapatan petani akan ditingkatkan
Oleh TOREK SULONG
PASIR PUTEH 5 April - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan petani daripada RM1,000 kepada RM2,900 sebulan sebagai satu usaha membasmi kemiskinan di kalangan mereka.
Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, semua agensi di bawah kementeriannya telah diarahkan untuk menggiatkan usaha mencapai sasaran itu terutamanya di kawasan Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER).
"Antaranya ialah projek-projek sawah integrasi di luar kawasan projek pengairan hendaklah diperbanyak dan diperkembangkan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai petani," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Projek Sawah Integrasi Tok Lunchai di sini hari ini.
Projek berkenaan diusahakan oleh 23 petani dengan tanaman tembikai membabitkan kawasan seluas 75 hektar.
Mustapa berkata, kejayaan petani di situ yang berjaya memperolehi pendapatan purata RM2,900 sebulan akan dijadikan contoh untuk diperluaskan ke kawasan lain di Kelantan.
Sementara itu, katanya, tanaman ubi kayu daripada spesies Seri Pontian akan dijadikan tanaman alternatif ketiga kepada tanaman tembakau selain ubi keledek dan kenaf di kawasan jelapang di Bachok, Pasir-Puteh, Besut dan Setiu di Terengganu.
Mustapa berkata, sebahagian besar kawasan berkenaan berpotensi diusahakan dengan tanaman ubi berkenaan yang dikenal pasti mempunyai tanah gambut dan berpasir.
Katanya, tanaman berkenaan mempunyai pasaran yang agak baik kerana kebanyakan pengilang di seluruh negara sedang menghadapi masalah kekurangan bekalan mentah itu.
"Ia termasuk sebuah kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Sepang, Selangor yang merupakan satu daripada kilang terbesar di negara ini yang mengusahakan kerepek ubi.
"Kilang itu telah mengadakan Perjanjian Persefahaman dengan Lembaga Tembakau Negara (LTN) untuk mendapatkan bekalan mentah sebanyak 150 metrik tan setahun dari Kelantan," katanya.
Mustapa berkata, pihaknya akan meminta pihak kilang itu membuka cawangan dan membina kilang di negeri ini bagi menjimatkan kos pengangkutan selain memberi faedah kepada lebih ramai petani untuk menanamnya.

KENAPA MENTERI MASIH NAK BUAT CERITA SAMA 50 TAHUN TU.
HARI NI 9/4/2008 JANJI DAN DIJAMIN 9/4/2012 HABUK PUN TARAK .

GENDANG KOSONG..DONG,DONG,DONG.......

SATU MALAYA KENA TIPU

Saya ingin berbicara hanya tentang persekitaran saya sahaja. Tekanan ekonomi harian terutama sumber makanan pada saya boleh diatasi jika setiap orang daripada menteri hingga pegawai pelaksana dapat menghayati tujuan kerajaan @ kementerian itu di bentuk.Sektor pertanian bukan komoditi seharusnya dibaikpulih secara besar-besaran kerana sepanjang saya terlibat secara profesional ini pelbagai kepincangan dapat saya saksikan. Senarai adalah spt berikut;

1)PM KENA TIPU - Lancarkan projek pertanian Mega; ttp berharap menteri menjadi penyokong kempen,beliau hanya tunggu di mesyuarat kabinet untuk laporan,PM nak melawat projek kelamkabut menteri cari projek tipu(one night ready) untuk puaskan hati PM,jawapnya PM kena TIPU.Tempoh nak melawat dengan masa lawatan terlalu panjang so sempatlah kaki tipu bikin kerja;sepatutnya PM buat sudden check terutama bila buat program jumpa rakyat,jangan bagitau nak tengok projek pertanian ttp PM nak celebration party so dua-duapun tipu.Pada saya PM,Menteri,YB patut kurangkan celebration arrival sbb orng kampung tetap sokong jika kerja bagus dan makan minum tetap disediakan sebagai menghormati tetamu.

2)Menteri Penipu - Cara kerja pun sama spt PM ;tambahan tipu projek sbb semua projek kasi kat friendster tanpa ada tender jadi komisyen pun dia sapu(ini bukan cerita tipu).Lepas tu kroni buat alakadar ; paksa kerajaan bayar ttp kerja tak siap dan tak senereh(hancus),bayar..bayar dan bayar projek sama dengan alasan kos meningkat ttp sebenarnya dari day one dah fikir cara mana nak songlap duit.Lepas tu boleh tak malu kata projek tak relevan dan kerajaan pulak bayar gantirugi.Macamni cina botol pun nak jadi kontraktor.Menteri ni mesti diattachkan satu pemeriksa projek dengan YB pembangkang(jangan takut sbb jika kerja bagus BN tetap dipilih cth mcm PAC).Dua-dua report kat PM.Baru betul jadi PM untuk semua.

3)Pegawai Kementerian/Jabatan Tipu-Satu penyakit yang saya nampak ialah semua pegawai sibuk berpolitik untuk naik pangkat G41,G48,G52 dll sampai kerja sendiri tak buat lagi dan sibuk kipas Ketua Jabatan dan Menteri,poyo je muka masing2 takde rasa salahpun.Menteri patut buat task untuk mereka untuk achive hasil pengeluaran negara bukan penuhkan hasil poket friendster;turun buat spot check projek sebelum nak meeting mingguan bukan tunggu pegawai kasi report virtual(mat jenin style), lepas tu jika projek sukses baru kasi pangkat dan gagal bekukan kenaikan pangkat(takkan pemimpin Malaysia tak masuk U,20% teori ,80%praktikal,ttp kalau YB Malaysia kaki xerox,otak memang kosong).

4)Pegawai Pelaksana Kaki Tipu- My little Napoleon.(Perosak Dasar)Kuasa ciput tapi power besar .Orang kampung(PPN)cukup menyampah dengan diorang.Mintak ni, Bincang tu,Cerita ni ;semua ikut diorang je bila nak intertain,Peuntukan kerajaan ikut suka hati nak bagi saper je.Orang buat projek dia tak bagi peruntukan ttp tak buat projek dia bagi pula.(projek fiendster paling kecil dalam hiraki kronisma)Alasan kojo banyak meeting..meeting..meeting jadi dicadangkan diorang dipanggil meeting sebulan sekali je .Bawa semua fail projek dan bentangkan selepas pegawai jabatan check sendiri projek.Lain-lain perkara sama spt Pegawai TIPU.

5)JKKKampung Cuba Nak TIPU - Kesian orang kampung yang pilih AJK JKKK,harap dapat bantu ttp dia boleh buat line kecil , tak kawan tak tolong ;tak sama parti tak bantu sedangkan kalau bantu BN dapat nama.YB datang kasi gula-gula jalan kampung dan cat masjid lepastu hebahkan dia member YB.Sepatutnya dia muafakatkan satu kampung dan paksa kerajaan buat projek ekonomi kat tempat dia.

6)Rakyat TERTIPU - sbb pilih BN selama 50 tahun ,duit habih hidup rakyat sebagai PETANI,PENTERNAK & NELAYAN tak pernah kaya dan senang.Dalam dunia business , tak pernah manufacturer lebih miskin daripada distributor.

Jadi ringkasnya untuk BN nak survive : LU PIKIRLAH SENDIRI

from :NABIL RAJA LAWAK ASTRO

Thursday, April 3, 2008

TENDER TERBUKA

Hari ini saya nak tunjuk Pakatan Rakyat untuk buat tender terbuka:


Saya ingin menyentuh tentang tender terbuka yang akan dilaksanakan oleh kerajaan P.Pinang dan Perak.Saya setuju dengan cadangan tersebut dan harap dilaksanakan dengan segera. Saya tidak nampak kekurangan tentang tender tersebut boleh menyebabkan orang melayu gagal dalam perniagaannya kecuali mereka yang jenis Alibaba.Saya telah mempraktikan lebih awal secara sendirian tentang tender terbuka tersebut selaras dengan pekeliling Kementerian Kewangan,setiap sebutharga 50K-200K dibuka kepada syarikat bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan, tiada sebutharga rundingan terus diadakan sepanjang saya melaksanakannya.Bagaimana saya melaksanakannya adalah spt berikut:


Pembekalan:

1.Mendapat sebutharga dari sykt bukan bumiputra untuk pembandingan harga(2-3 syarikat)2.Meminta sykt tersebut hantar sebutharga dengan sijil bumiputra (untuk kenalpasti syarikat ALIBABA)
3.Membuat sebutharga terbuka dengan memanggil semua pembekal bumiputra yang berdaftar-diiklankan dipapan kenyataan dan akhbar.(harga telah saya tetapkan tidak lebih 20% daripada harga pasaran @ ALIBABA untuk tujuan pemilihan/pembelian)
4.Membuat keputusan pada harga terbaik dengan jujur dan amanah.

Kesimpulan :

1.Peniaga bukan Bumiputra tetap dapat faedah perniagaan
2.Kerajaan hanya bertujuan memberi peluang perniagaan kepada Bumiputra dan saya berharap Bumiputra tersebut dapat mengembangkan perniagaan dengan menjadi pengimport dan pengedar pula dimasa akan datang.Jadi Bumiputra tersebut boleh berniaga di segmen 200K keatas.
3.Saya dapat membeli barang dengan harga yang munasabah dan dapat menjimatkan duit rakyat dengan perbelanjaan berhemah.
4.Harga runding terus yang melampau dapat disekat,jika didapati harga tidak munasabah saya meminta pegawai yang memohon ;bertanggungjawab dan mereka boleh disiasat BPR atau Audit.
Kelemahan:

1. Terdapat juga Bumiputra yang tak malu ,sanggup makan komisyen 5%,jadi mereka disenaraihitamkan daripada sebutharga.(lakukan siasatan sendiri).


Kerja-kerja Kontrak:

1.Keutamaan diberikan kepada kontraktor bumiputra yang mempunyai pekerja dan jentera.
2.Jika di-subkontrakkan saya pastikan dapat sebutharga dengan kontraktor bukan bumiputra terlebih dahulu dan menambah 20% lagi untuk kontraktor bumiputra.(Hampir 80% kontraktor bumiputra akan bekerjasama dengan kontraktor cina(bina bangunan) & kontraktor india(turap jalan).
3.Pada hemat saya tiada siapa yang akan rasa rugi bila sebutharga/tender terbuka ini dijalankan dimana Bumiputra sebagai pelaksana kerja dan bukan Bumiputra sebagai pembekal keperluan.
4.Jika disyaki pemberian terus dilakukan ;saya melakukan siasatan dalaman dimana saya akan memeriksa setiap syarikat yang menghantar sebutharga tersebut dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada yang terlibat.


Tender 200K keatas:(Cadangan)

1.Keutamaan kepada syarikat Bumiputra yang bergandingan dengan syarikat Bukan Bumiputra
2.Keupayaan menyiapkan kerja,latarbelakang dan pengalaman projek,kewangan yang kukuh dan; denda yang berat /gantirugi kepada kerajaan jika tak siap kerja dan bukan kerajaan yang bayar gantirugi kepada syarikat.Hukum penjara jika gagal melaksanakan projek untuk rakyat .


Oleh itu saya menyokong tender/sebutharga terbuka dilakukan dengan segera dimana 50K-200k dikekalkan pada taraf Bumiputra dan lebih daripada 200K dibuka untuk semua.


OLEH: PTD PEMBANGUNAN PAKATAN RAKYAT

Tuesday, March 25, 2008

Peperiksaan Tahap Kecekapan Kakitangan Awam

Pening!pening! Kepala aku sakit.Kenapalah ada PTK ? Naik gaji periksa,naik pangkat periksa ,tak habis-habis kena periksa. Bila masa kerja? aku pun tak tahu.- keluh sorang rakan kakitangan kerajaan sambil minum milo tarik dengan roti stim.

Bengang betul dia denganSistem PTK untuk pastikan dia dapat naik gaji dan pangkat.Katanya kalau diajak bertanding produktiviti dengan mat-mat periksa ni dah tentu kerajaan akan dapat hampeh sebab asyik kena tipu dengan kaki periksa yang tak boleh buat kerja,cuma pandai bukak buku dan hafal lepas tu jawab soalan objektif atau karangan macam bebudak kat sekolah, bila tanya actual tentang kerja semua lopong sebab tak pernah buat.

Orang bujang dan muda bolehlah,otak segar lagi tapi malang bagi yang dah ada keluarga dan takda masa untuk study sebab dah season,diaorang ni akan terinaya habis sebab kalau test tentang skill sure pass tapi bila bab baca-bacaan ni slowlah sikit. Jadi yang takde pengalaman ni akan dapat naik pangkat dan mengajar otai-otai yang berpengalaman ni, so jadilah boss yang hampeh.

Sepatutnya kerajaan buat PTK tentang kerja harian mereka bukan suruh baca buku tebal-tebal yang tiada kaitan langsung dengan kerja,
Bagi task tahunan berkaitan kerja dan setiap calon kena siapkan task dan submit hujung tahun sebagai kerja kursus PTK mereka barulah kakitangan kerajaan sentiasa (hands on), ni asyik xerox , semenjak dari sekolah,universiti dan sekarang masa kerja ,tak ubah-ubah perangai.Tak capai target jangan kasi naik gaji dan pangkat.

Yang kakitangan kanan pula bagi task membuat dasar kerajaan lepas tu laksanakan dan dinilai setiap tahun sebelum gaji dan pangkat naik. Barulah tiap-tiap tahun kerajaan dapat kakitangan yang berkualiti , bukan yang kurang mentaliti.

Jadi macamana sekarang ? tanya saya. Balik baca bukulah jawabnya selagi kerajaan tak dengar cakap aku.-jawab rakan tadi.

Warung roti bakar,Ampangan Seremban

Sunday, March 23, 2008

KRITIK KEDAI KOPI(3K)

Hari ini tanggal 23/03/2008, dengan rasminya Kritik Kedai Kopi (3K) dilancarkan bagi memberi peluang kepada pengkritik-pengkritik kedai kopi memberi luahan pendapat tentang perjalanan sistem berkerajaan di Malaysia yang tercinta ini,Setelah lama diperbincangkan, saya berpendapat bahawa perlunya ada satu ruang cyber bagi kritikan kedai kopi ini diketengahkan bagi memberi peluang kepada pencinta kedai kopi meluahkan pemikiran mereka.

Hasil kritikan diblog ini akan hanya sebagai satira rakyat marhaen melalui ruang cyber dan tidak akan melibatkan kepercayaan politik tertentu.Artikel-artikel akan dinilai daripada kaca mata seorang rakyat Malaysia yang peka dengan kehidupan harian mereka dan keinginan mereka terhadap hidup yang lebih baik.Diharap bloger yang menyokong blog ini dapat memberi artikel yang sebenar-benarnya dan bukan daripada fiksyen yang dicipta.

Dengan itu dengan ini dirasmikan Kritik Kedai Kopi (3K), Dari Kita Untuk Kita


Wassallam,
PELADANG